Amniotomi semata-mata untuk mencetus kelahiran.

Tidak terdapat bukti mencukupi mengenai kesan amniotomi semata-mata (disengajakan pecah membran) untuk mencetus kelahiran.

Kadang-kadang, adalah dinasihatkan untuk mencetuskan kelahiran (induksi) disebabkan oleh kebimbangan kepada wanita dan bayi dalam kandungan. Amniotomi telah digunakan sebagai salah satu kaedah untuk mencetus kelahiran jika membran boleh dicapai, atau menggunakan ubat-ubatan seperti prostaglandin atau oksitosin. Amniotomi mungkin lebih sesuai untuk wanita yang mahukan kaedah yang tidak menggunakan ubat dan berharga murah. Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi tidak selesa dan, jika selepas amniotomi terdapat selang masa yang lama sebelum bayi dilahirkan, terdapat risiko jangkitan. Terdapat juga risiko di mana tali pusat bayi terkeluar dahulu sebelum bayi dilahirkan. Semakan ujian ini didapati bahawa tidak ada cukup bukti tentang kesan-kesan amniotomi semata-mata untuk mencetuskan kelahiran.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nik Hazlina Nik Hussain (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hosp Sdn Bhd, JB). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi hazlinakck@usm.my

Tools
Information