Strategi pengubahsuaian gaya hidup dalam menangani apnea tidur jenis obstruktif

Apnea tidur jenis obstruktif berlaku apabila pernafasan semasa tidur terhenti atau kadar pernafasan berkurang disebabkan penyempitan atau sekatan saluran pernafasan bahagian atas (laluan kepada paru-paru). Ia menyebabkan berdengkur yang kuat dan kadang-kadang apnea (berhenti bernafas). Ia boleh membawa kepada rasa mengantuk pada siang hari dan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, strok dan kemalangan jalan raya. Pengubahsuaian gaya hidup, terutamanya penurunan berat badan, tidur yang sempurna dan senaman adalah antara nasihat yang sering diberi kepada pesakit untuk diamalkan. Ini dapat membantu melegakan tekanan pada bahagian atas saluran pernafasan dan meningkatkan kekuatan otot pada saluran pernafasan. Walau bagaimanapun, kajian mendapati tiada kajian dibuat untuk menilai kesan strategi-strategi ini, dan kami mencadangkan agar penyelidikan dilakukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Irfan Mohamad (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi irfankb@usm.my

Tools
Information