'Ioniser' untuk asma kronik

Penjana ion telah dipasarkan untuk kegunaan di rumah bagi membuang habuk dan zarah-zarah asap untuk memperbaiki simptom dalam kalangan penghidap asma. Walaupun kajian kompleks makmal menunjukkan penjana ion mengubah fungsi saluran udara, beberapa kajian yang telah dijalankan di rumah-rumah orang dengan asma, menunjukkan tiada manfaat yang ketara dalam menambahbaik fungsi paru-paru atau gejala.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information