Penggulungan endovaskular berbanding pembedahan neuro menggunakan klip bagi orang yang mengalami pendarahan aneursima subarachnoid

Soalan ulasan
Kami mengulas hasil selepas penggulungan endovaskular berbanding pembedahan neuro menggunakan klip selepas pendarahan subarachnoid.

Latar belakang
Pendarahan di bawah membran permukaan otak dikenali sebagai pendarahan subarachnoid. Pendarahan biasanya berlaku akibat pecahnya tempat yang lemah di arteri yang membawa darah ke otak. Tempat yang lemah ini seperti belon kecil, yang disebut aneurisma. Hasil selepas pendarahan subarachnoid akibat aneurisme umumnya buruk: satu pertiga dari semua orang mati dalam masa tiga bulan, dan satu daripada setiap lima orang tetap bergantung pada orang lain untuk mendapatkan pertolongan dengan aktiviti seharian seperti berjalan, berpakaian, mandi, dan menjaga urusan seseorang sendiri. Salah satu risiko pada orang dengan subarachnoid adalah perdarahan semula. Terdapat dua cara untuk cuba dan mencegahnya: pembedahan neuro dengan klip pada leher dari aneurisma dalam pembedahan atau menyekat aneurisma dari dalam dengan gegelung endovaskular.

Ciri-ciri kajian
Pada Mac 2018, kami mencari kajian rawak terkawal (RCT, kajian klinikal di mana orang dimasukkan secara rawak ke dalam salah satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan) membandingkan gegelung endovaskular dengan pembedahan neuro dengan klip untuk pendarahan subarachnoid. Kami menemui satu RCT baru dan data tambahan untuk RCT yang dikenal pasti sebelumnya, yang membolehkan kami memasukkan empat RCT melibatkan 2458 peserta.

Keputusan utama
Data dari RCT menunjukkan bahawa jumlah orang yang bertahan dan berdikari dalam kehidupan seharian mereka adalah lebih tinggi selepas penggulungan endovaskular berbanding selepas pembedahan neuro dengan klip, jika kedua-dua pilihan rawatan adalah mungkin. Risiko pendarahan semula adalah lebih tinggi pada orang yang dirawat dengan gegelung endovaskular. Bukti tersebut datang terutamanya dari satu kajian besar.

Kualiti bukti
Kami menilai bahawa terdapat bukti yang cukup untuk membimbing rawatan bagi orang yang berada dalam keadaan yang cukup baik yang aneurisma dianggap sesuai untuk rawatan pembedahan neuro dengan klip dan endovaskular. Tidak ada bukti kajian yang boleh dipercayai yang boleh digunakan secara langsung untuk memandu rawatan pada orang dengan keadaan klinikal yang buruk.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Chiam Kai Ning (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information