Pesakit dengan penyakit Hodgkin lazimnya mula dirawat dengan radioterapi sahaja (RT; peringkat awal sahaja), kemoterapi sahaja (CT) atau kombinasi kemo-radioterapi (CRT). Analisis-meta ke atas data daripada 37 kajian rawak melibatkan 9000 pesakit telah dijalankan. Untuk pesakit peringkat awal, CRT memberi keputusan survival lebih lama serta bebas HD lebih lama berbanding RT atau CT sahaja. Risiko kemalignanan kedua (SM) adalah lebih rendah dengan CRT berbanding RT (tiada perbezaan ditunjukkan di antara CRT dan CT). Bagi peringkat lanjut, tiada perbezaan survival di antara CRT dan CT. Dengan CRT, survival bebas HD adalah lebih lama tetapi risiko SM adalah lebih tinggi.
Diterjemahkan oleh Aminatul Abdul Jamil (Swansea University). Untuk pertanyaan tentang terjemahan ini, sila hubungi amy_wan8175@yahoo.com. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail, Kolej Perubatan Melaka-Manipal.