Apakah isunya?
Vaskulitis buah pinggang adalah satu bentuk penyakit buah pinggang yang pesat berkembang yang menyebabkan kerosakan kepada struktur kecil (glomeruli) di dalam buah pinggang yang membantu menapis sisa dan cecair daripada darah untuk membentuk air kencing. Penyakit ini bermakna kehilangan fungsi buah pinggang dengan cepat. Steroid dan cyclophosphamide adalah disyorkan untuk membantu menyekat sistem imun.
Apakah yang kami lakukan?
Kami mencari Daftar Kajian Buah Pinggang dan Transplantasi Cochrane sehingga 21 November 2019 bagi kajian-kajian terkawal rawak yang menyelidik sebarang intervensi untuk rawatan vaskulitis buah pinggang dalam kalangan dewasa.
Apakah yang kami dapati?
Empat puluh kajian (3764 pesakit) telah dikenalpasti. Pertukaran plasma mengurangkan risiko penyakit buah pinggang peringkat akhir dalam pesakit yang menghidapi kegagalan buah pinggang akut yang teruk (AKI). Penggunaan pulse cyclophosphamide dalam kadar remisi yang baik tetapi terdapat peningkatan risiko relapse. Ejen induksi lain yang sesuai termasuk rituximab dan mycophenolate. Azathioprine adalah berkesan sebagai terapi pemeliharaan setelah remisi telah dicapai. Steroid pada dos yang lebih rendah adalah sama berkesan dengan dos yang tinggi dan mungkin lebih selamat, menyebabkan kurang jangkitan. Satu kajian menunjukkan bahawa satu perencat pelengkap yang baru boleh digunakan untuk menggantikan steroid dalam rawatan awal vaskulitis. Ini adalah data awal. Ubat ini mungkin menjadi sangat mahal jadi tempatnya dalam rawatan masih belum ditakrifkan dengan jelas. Mycophenolate mofetil juga telah diuji dalam rawatan pemeliharaan dan didapati ia menyebabkan kadar relapse yang lebih tinggi untuk penyakit, apabila dibandingkan dengan Azathioprine. Methotrexate dan leflunomide adalah berguna dalam terapi pemeliharaan tetapi keberkesanan relatif mereka tidak ditakrifkan dengan jelas. Pesakit dengan imunosupresi sehingga empat tahun selepas diagnosis mempunyai kadar relapse yang lebih rendah berbanding mereka yang rawatannya telah dihentikan sehingga tiga tahun.
Kesimpulan
Pertukaran plasma adalah berkesan untuk pesakit yang mempunyai AKI yang teruk. Pulse cyclophosphamide boleh menyebabkan peningkatan risiko relapse apabila dibandingkan dengan penggunaan oral yang berterusan tetapi dengan dos yang dikurangkan. Walaupun cyclophosphamide digunakan sebagai rawatan induksi piawai, rituximab dan mycophenolate mofetil juga adalah berkesan. Steroid pada dos yang lebih rendah kini boleh digunakan dengan selamat dalam protokol rawatan awal. Azathioprine, rituximab, mycophenolate, methotrexate dan leflunomide adalah terapi pemeliharaan yang berkesan. Lebih banyak kajian adalah diperlukan untuk memahami ubat-ubatan dan terapi-terapi baru untuk merawat vaskulitis buah pinggang dengan cepat.
Diterjemahkan oleh Adam Linoby (Universiti Teknologi MARA). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my