Intervensi-intervensi kecemasan untuk hiperkalemia

Tiada kajian yang mempunyai hasil klinikal penting dapat dikenalpasti. Kebanyakan kajian dilakukan dalam sampel pesakit sedia ada / yang diperolehi secara kebetulan. Banyak kajian menggunakan kaedah yang salah. Kejadian-kejadian yang tidak diingini jarang dilapurkan. Penurunan serum potassium / kalium adalah hasil yang paling lazim dilapurkan: bagi hasil kejadian ini beta agonis dan insulin-dan-glukos intravena adalah berkesan. Penggunaan bersama mungkin lebih berkesan daripada ianya digunakan secara tersendiri.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my. Disunting oleh Teguh Haryo Sasongko (Universiti Sains Malaysia; teguhhs@usm.my)

Tools
Information