Jururawat pakar dalam diabetes melitus

Jururawat pakar diabetes melitus menyediakan pendidikan dan sokongan kepada penghidap diabetes melitus dalam banyak sistem penjagaan kesihatan. Matlamat utama adalah membantu mereka mengurus sendiri diabetes mereka. Namun, ulasan kajian-kajian ini mendapati tiada bukti kukuh manfaat penjagaan oleh jururawat pakar diabetes dalam kalangan remaja dan orang dewasa dengan diabetes. Walaupun manfaat jangka pendek adalah mungkin, ini tidak menunjukkan penambahbaikan hasil jangka panjang. Orang yang menerima penjagaan oleh jururawat diabetes tidak kelihatan mempunyai kesihatan yang bertambah baik berbanding penjagaan biasa di klinik-klinik hospital atau penjagaan primer yang tiada input kejururawatan pakar. Tiada data yang menunjukkan ukuran-ukuran kualiti hidup.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information