Penambahan protein dan tenaga untuk warga tua yang berisiko kekurangan zat makanan

Penekanan diberikan terhadap kepentingan diet yang baik, biasanya berhubungan dengan kebimbangan mengenai risiko obesiti. Walau bagaimanapun, adalah dipersetujui secara umum bahawa risiko kekurangan zat makanan adalah punca utama yang lebih membimbangkan dalam kalangan warga tua, khususnya mereka yang masuk hospital ataupun diinstitusikan. Kekurangan zat makanan telah terbukti untuk mempunyai kesan yang penting terhadap pemulihan pesakit dan penyakit. Ia telah dikaitkan dengan tindak balas imun, fungsi otot dan pernafasan yang terjejas, luka lambat sembuh, peningkatan komplikasi secara keseluruhannya, tempoh pemulihan yang lebih melanjut, tempah lama di wadkan dalam hospital dan peningkatan kadar kemautan. Protein dan tenaga tambahan melalui mulut berpotensi lebih selamat dan mudah diberikan jika dibandingkan dengan makanan enteral nasogastrik, oleh itu, amat sesuai untuk warga tua dan juga dalam penggunaan secara meluas. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat masalah dengan kesanggupan dan kemampuan warga tua untuk memakan makanan tambahan ini, dan makanan tambahan tersebut mungkin tidak digunakan secara berkesan. Walaupun makanan tambahan ditetapkan, ia mungkin tidak sentiasa diberi, ataupun diberi tetapi tidak dimakan. Selain rasa, hubungan komposisi dan waktu makanan tambahan diberikan dengan hidangan utama mungkin penting. Usaha juga diperlukan untuk memastikan sajian biasa dan makanan ringan yang memenuhi keperluan warga tua disediakan dan memberi bantuan penyuapan jika diperlukan.

Seramai 10,187 aorang peserta rawak daripada 62 kajian telah dimasukkan. Tempoh maksimum intervensi adalah 18 bulan. Pengulas mencadangkan bahawa makanan tambahan dapat menghasilkan kenaikan berat badan yang kecil tetapi konsisten. Dalam ulasan yang dikemaskini ini, tiada bukti kesan baik terhadap kadar kemautan secara keseluruhan, tetapi mungkin ada kesan positif terhadap kadar kemautan bagi mereka yang kekurangan zat makanan. Makanan tambahan juga boleh mengurangkan jumlah komplikasi. Penerimaan makanan tambahan yang dilaporkan adalah berbeza antara kajian. Beberapa kesan sampingan seperti rasa loya atau cirit-birit telah dilaporkan. Walau bagaimanapun, terdapat masalah dari segi reka bentuk dan kualiti kajian. Lebih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkan kesan manfaat terhadap bilangan komplikasi, kadar kemautan di kalangan warga tua yang kekurangan zat makan dan untuk memberikan bukti bahawa penambahan protein dan tenaga mampu mengurangkan morbiditi dan meningkatkan taraf fungsi di kalangan warga tua yang uzur.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor's University, Malaysia). Disunting oleh Ernie Yap. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi julieyeohh@gmail.com

Tools
Information