Bibir terbelah dan lelangit terbelah(bumbung mulut) adalah kecacatan yang lazim. Keterukan belahan(pembukaan) adalah berbeza-beza dan ia boleh terjadi sebelah (ekasisi) atau kedua-dua belah (dwisisi). Keadaan ini menyukarkan pemberian makanan bernutrisi kepada bayi, dan terdapat bukti pembentukan lewat dalam kalangan kanak-kanak belahan.
Ulasan ini bertujuan membandingkan keberkesanan pelbagai intervensi pemberian makanan misalnya nasihat dan sokongan ibu, modifikasi botol dan/atau puitng, obturator atau plet maksila (plet yang diletak pada bumbung mulut untuk menutup belahan lelangit) dan penyususan susu ibu tambahan dalam kalangan bayi dengan bibir terbelah atau/dan lelangit sebelum atau selepas penutupan belahan. Hanya intervensi dalam 6 bulan pertama dan penggunaan susu ibu atau susu formula dipertimbangkan, namun hasil (ukuran pertumbuhan, pembentukan dan kepuasan ibubapa) mungkin juga diukur pada bila-bila masa termasuk pada peringkat dewasa.
Nasihat dan sokongan ibu tentang teknik memberi makan dan posisi penyusuan sering diberi tetapi tiada kajian yang menilai keberkesanan intervensi tersebut. Botol yang boleh dipicit mungkin lebih mudah digunakan berbanding botol keras untuk memberi makanan bayi yang ada belahan bibir dan/atau lelangit, dan penyusuan susu ibu mungkin mempunyai kelebihan pertumbuhan berbanding memberi makanan dengan sudu selepas pembedahan belahan bibir. Hanya lima kajian (melibatkan 292 bayi) membandingkan keberkesanan intervensi dalam kalangan bayi rekahan bibir dan/atau lelangit terhadap pertumbuhan, pembentukan atau kepuasan ibubapa. Bukti tentang penyusuan susu ibu berbanding pemberian makanan dengan sudu selepas surgeri adalah lemah dan terdapat cadangan penggunaan botol boleh picit mungkin lebih senang diguna berbanding botol tegar. Tiada bukti untuk menyokong penggunaan plet maksila dalam kalangan bayi dengan klef ekasisi dan tiada kajian yang menilai keberkesanan nasihat atau sokong ibu. Penyelidikan lanjut diperlukan untuk menilai intervensi yang lebih berkesan bagi mencegah kelewatan pembentukan dalam kalangan bayi dengan rekahan bibir dan/atau lelangit.
Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my