Latihan kecergasan fizikal bagi mangsa-mangsa strok

Soalan ulasan
Kami mengulas bukti yang mengkaji sama ada latihan kecergasan fizikal adalah bermanfaat bagi kesihatan dan fungsi pada orang yang mengalami strok.

Latar belakang
Kecergasan fizikal adalah penting untuk membolehkan manusia menjalankan aktiviti harian seperti berjalan dan menaiki tangga. Kecergasan fizikal adalah berbeza antara setiap orang. Sebagai contoh, kecergasan lelaki cenderung sedikit lebih tinggi daripada pada wanita dan kecergasan semua orang menurun ketika kita menjadi lebih tua dan jika kita kurang aktif secara fizikal. Khususnya, kecergasan fizikal seringkali rendah pada pesakit strok yang terselamat. Ini boleh menghadkan keupayaan mereka untuk menjalankan aktiviti seharian dan juga memburukkan sebarang ketidakupayaan yang berkaitan dengan strok. Oleh kerana inilah, latihan kecergasan disarankan sebagai pendekatan yang bermanfaat untuk penghidap strok. Namun begitu, mengambil bahagian dalam latihan kecergasan memberikan banyak manfaat terutamanya kepada penghidap strok seperti meningkatkan fungsi kognitif (kemahiran berfikir), memperbaiki mood dan kualiti hidup dan ia dapat mengurangkan kemungkinan menghadapi strok lagi.

Ciri-ciri kajian
Pada bulan Julai 2018, kami mengenal pasti 75 kajian untuk dimasukkan dalam ulasan. Kajian-kajian ini melibatkan sejumlah 3617 peserta pada semua peringkat penjagaan termasuklah peserta yang berada di hospital atau kembali tinggal di rumah. Kebanyakan peserta yang mengambil bahagian boleh berjalan sendiri. Kajian-kajian ini menguji pelbagai bentuk latihan kecergasan, ini termasuklah kardio respiratori atau latihan ‘ketahanan’, rintangan atau latihan ‘ketahanan’, atau latihan campuran, iaitu gabungan kardiorespiratori dan latihan rintangan.

Keputusan utama
Kami menjumpai bahawa latihan kecergasan kardiorespiratori, terutamanya yang melibatkan berjalan, boleh meningkatkan kecergasan, skeseimbangan dan berjalan selepas strok. Peningkatan dalam kecergasan kardiorespiratori boleh mengurangkan peluang untuk masuk ke hospital kerana strok dengan 7%. Latihan campuran membaiki kebolehan berjalan dan meningkatkan imbangan. Latihan kekuatan mungkin mempunyai peranan dalam meningkatkan keseimbangan. Oleh itu, secara keseluruhannya nampaknya orang-orang yang mengalami stroke mungkin mendapat manfaat daripada latihan yang melibatkan latihan kardiorespiratori dan yang melibatkan berjalan sedikat. Namun, maklumat itu tidak mencukupi untuk membuat kesimpulan yang boleh dipercayai mengenai kesan latihan kecergasan dalam bidang lain seperti kualiti hidup, mood atau fungsi kognitif. Fungsi kognitif kurang dikaji walaupun ia adalah hasil kepentingan utama untuk mangsa strok. Tiada bukti yang menunjukkan pelbagai jenis latihan kecergasan menyebabkan kecederaan atau masalah kesihatan yang lain; senaman merupakan yang selamat. Kita memerlukan lebih banyak kajian untuk memeriksa faedah yang paling utama untuk mangsa-mangsa strok, khususnya untuk mereka yang mempunyai strok yang serius dan mungkin tidak dapat berjalan.

Kualiti bukti
Kajian mengenai latihan kecergasan adalah sukar untuk dijalankan. Kami mempunyai keyakinan tertinggi dalam anggaran faedah daripada latihan kardiorespiratori (sederhana / tinggi). The evidence for other training types is moderate to low. Walau bagaimanapun, beberapa penemuan yang konsisten muncul dengan kajian yang berbeza yang semuanya cenderung menunjukkan kesan yang sama dalam kumpulan peserta yang berlainan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Ayuni Ahmad Shafiai (UnIversiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information