Latar belakang
Pembekuan darah adalah disebabkan fungsi protein pembekuan (faktor koagulasi) dan sel-sel platelet. Ubatan antikoagulasi seperti warfarin adalah ubat yang akan mencegah pembekuan darah dengan menghalang fungsi protein-protein pembekuan. Ubatan lain, seperti aspirin, juga boleh mengurangkan koagulasi dengan menghalang platelet. Warfarin adalah lebih baik daripada aspirin di kalangan pesakit yang mempunyai kegagalan jantung dan ketaknormalan rentak jantung (atrial fibrilasi). Aspirin dapat membantu para pesakit yang menghidapi kegagalan jantung dengan rentak biasa (sinus), dan dimana arteri-arteri jantung adalah sempit. Keadaan ini adalah antara sebab utama kegagalan jantung, oleh itu doktor biasa menasihati pesakit dengan rentak normal untuk mengambil aspirin. Orang yang mempunyai kegagalan jantung dengan rentak normal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap pembekuan darah disebabkan pengaliran darah yang lebih perlahan dalam jantung, bersamaan dengan orang yang mempunyai rentak tidak normal Pembekuan darah (thromboembolisme) dalam paru-paru, kaki, dan otak (strok iskemik) mengakibatkan kehilangan upaya dan kematian dalam para pesakit yang mempunyai kegagalan jantung. Beberapa kajian telah dilakasanakan mengetahui sama ada semua pesakit yang menghidapi kegagalan jantung patut mengambil ubat antikoagulasi, tetapi debat masih berterusan.
Ciri-ciri kajian
Ini adalah satu pengemaskinian daripada ulasan terdahulu. Bukti adalah terkini sehingga September 2015. Kami menambah satu kajian baru dengan 2305 peserta dalam pengemaskinian ini. Secara kesuluruhan kami memasukkan empat kajian rawak terkawal dengan sejumlah 4187 peserta.
Keputusan utama
Bukti terkini membandingkan aspirin dan warfarin adalah berdasarkan kepada empat kajian berkualiti tinggi yang mempunyai jumlah pesakit yang besar. Analisis ini menunjukkan risiko kematian yang hampir sama dengan penggunaan kedua-dua ubat. Tiada bukti yang mencukupi untuk membuktikan faedah-faedah warfarin berbanding aspirin dalam pengurangan kemungkinan komplikasi pembekuan darah, seperti sakit jantung atau strok. Walaubagaimanapun, pesakit-pesakit yang menggunakan warfarin mengalami pendarahan yang serius sebanyak dua kali ganda berbanding dengan pesakit yang menggunakan aspirin. Perbandingan penggunaan warfarin dengan suatu ubat antiplatelet lain, clopidogrel, berdasarkan satu kajian bersaiz medium menunjukkan keputusan yang sama: tiada perbezaan dari segi kadar kematian atau komplikasi pembekuan darah, tetapi risiko yang lebih tinggi mendapati pendarahan serius.
Kesimpulan
Pada masa kini tiada bukti untuk menunjukkan rawatan warfarin lebih baik daripada ubat antiplatelet di kalangan pesakit dengan kegagalan jantung dengan rentak normal. Tambahan pula, rawatan dengan warfarin mengakibatkan lebih banyak peristiwa pendarahan daripada aspirin atau clopidogrel. Kemungkinan bahawa penyelidikan masa depan akan mengubah kesimpulan ini adalah rendah, kecuali ubat-ubatan yang lebih berkesan dan selamat menjadi sedia ada.
Diterjemahkan oleh Teoh Ru Jian Jonathan (Pusat Perubatan Universiti Malaya). Disunting oleh Ernie Yap Sze Wei. Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi teoh.ru@ummc.edu.my.