Pemberian sistemik agen anestetik setempat untuk melegakan kesakitan neuropatik

Lidocaine intravena dan derivatif oral melegakan kesakitan dari kerosakan kepada sistem saraf (kesakitan neuropatik). Dalam laporan-laporan awal, lidocaine intravena dan analog oralnya mexiletine dan tocainide melegakan kesakitan neuropatik, sejenis kesakitan disebabkan oleh penyakit pada sistem saraf. Walau bagaimanapun, bukti adalah bertentangan. Para penulis mengulas semua kajian rawak yang membandingkan ubat-ubat ini dengan plasebo atau dengan analgesik lain dan mendapati bahawa: anestetik setempat mengatasi plasebo dalam mengurangkan intensiti kesakitan neuropatik; data yang terhad menunjukkan tiada perbezaan dalam keberkesanan atau kesan-kesan sampingan antara anestetik setempat dan karbamazepina, amantadina, gabapentin atau morfin; anestetik setempat mempunyai lebih banyak kesan sampingan daripada plasebo; dan anestetik setempat adalah selamat.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales, Sydney). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (afilza@usm.my). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information