Mesej utama
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) mungkin dikaitkan dengan peluang kelahiran hidup yang lebih tinggi berbanding dengan rawatan inseminasi intrauterin (IUI) yang tidak diransang. IVF juga mungkin menyebabkan kadar kelahiran hidup yang lebih tinggi berbanding dengan rangsangan ovari ditambah dengan IUI di kalangan wanita yang sebelum ni dirawat dengan IUI ditambah dengan clomiphene citrate (CC). Walau bagaimanapun, rawatan-naif untuk wanita, kelahiran hidup selepas IVF mungkin tidak lebih baik daripada IUI ditambah dengan gonadotropin atau IUI bertambah dengan CC.
Latar belakang
IVF kerap digunakan untuk pasangan yang mempunyai kesuburan yang tidak dapat dijelaskan, disebabkan ia boleh memintas pelbagai jenis masalah biologi yang tidak dapat didiagnosa. Walau bagaimanapun, ia adalah mahal dan invasif dan boleh membawa kepada komplikasi. Pilihan pengurusan lain untuk kesuburan yang tidak dapat dijelaskan termasuk mencuba kehamilan secara semula jadi, memperkenalkan sperma yang telah dibersihkan dalam rahim (dikenali sebagai inseminasi intrauterin, atau IUI), dan melakukan IUI selepas penggunaan ubat kesuburan clomiphene citrate (CC) dan gonadotropin untuk merangsang ovari.
Apakah yang kami ingin ketahui?
Kami telah menyiasat sama ada rawatan IVF membawa kepada lebih banyak kelahiran hidup daripada rawatan lain untuk kesuburan yang tidak dapat dijelaskan.
Apakah yang telah kami lakukan?
Kami menyertakan sembilan kajian rawak terkawal (sejenis kajian di mana peserta dibahagikan secara rawak kepada satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan) dalam ulasan. Sesentengah kajian melibatkan beberapa perbandingan. Dua kajian membandingkan IVF dengan pengurusan kehamilan; dua dengan IUI sahaja; dan enam dengan IUI bertambah dengan rangsangan ovari.
Apakah yang telah kami temui?
Bukti yang sedikit bermaksud kami tidak dapat membuat sebarang kesimpulan yang kukuh sama ada IVF mungkin dikaitkan dengan kadar kelahiran hidup (LBR) daripada mencuba secara semula jadi (pengurusan kehamilan). Sekiranya kami mengandaikan 4% LBR dengan pengurusan kehamilan, LBR dengan IVF adalah antara 8.8% dan 9%.
IVF mungkin membawa kepada peningkatan LBR berbanding dengan IUI yang tidak dirangsang. Sekiranya kita menganggap LBR 16% dengan IUI yang tidak dirangsang, LBR dengan IVF adalah antara 18.5% dan 49%.
Pada wanita yang pernah dirawat dengan IUI ditambah dengan CC, IVF mungkin membawa kepada peningkatan LBR berbanding dengan IUI ditambah dengan gonadotropin. Pada wanita yang pernah dirawat dengan IUI ditambah dengan CC, sekiranya kami mengandaikan 22% LBR dengan IUI ditambah dengan gonadotropin, LBR dengan IVF adalah antara 39% dan 65%.
Pada wanita yang belum pernah dirawat dengan IUI ditambah dengan CC, LBR mungkin tidak lebih baik selepas satu kitaran IVF berbanding dengan dua hingga tiga kitaran IUI ditambah dengan gonadotropin; satu kitaran IVF berbanding dengan satu kitaran IUI ditambah dengan gonadotropin; atau IVF berbanding dengan IUI ditambah dengan CC. Sekiranya kami mengandaikan 42% LBR dengan IUI ditambah dengan gonadotropin (dalam satu IVF ke dua atau tiga kitaran IUI), LBR adalah antara 39% dan 54% dengan IVF; dengan mengandaikan 26% LBR dengan IUI ditambah dengan gonadotropin (dalam satu IVF kepada satu kitaran IUI), LBR adalah antara 24% dan 51% dengan IVF. Dengan mengandaikan 15% LBR dengan IUI ditambah dengan CC, LBR adalah antara 15% dan 54% dengan IVF.
Kami tidak dapat memeriksa komplikasi yang berkaitan dengan rawatan disebabkan kekurangan bukti.
Apakah batasan bukti?
Kami mempunyai keyakinan rendah dalam bukti disebabkan kekurangan kajian, dengan jumlah peserta yang rendah.
Sejauh manakah bukti ini terkini?
Bukti ini adalah terkini sehingga November 2021.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my. Diterjemahkan oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia).