Mesej utama
•
Untuk wanita yang mempunyai ketumpatan tulang normal (kekuatan tulang) dan tidak mengalami patah tulang belakang sebelumnya, etidronate kemungkinan memberikan sedikit atau tiada perbezaan kepada kebarangkalian mengalami patah tulang pinggul atau pergelangan tangan atau peristiwa buruk(tidak diingini/ memudaratkan).
•
Bagi wanita yang mempungai ketumpatan tulang yang rendah dan yang berisiko untuk atau pernah mengalami patah tulang belakang sebelumnya, etidronate mungkin membuat sedikit atau tiada perbezaan dalam pencegahan patah tulang berbanding dengan tulang belakang.
Apakah osteoporosis?
Tulang ialah bahagian badan anda yang hidup dan membesar. Sepanjang hayat anda, sel tulang baharu tumbuh, dan sel tulang lama akan reput untuk memberikan ruang bagi tulang baharu yang lebih kuat. Semasa anda mempunyai osteoporosis, tulang lama reput dengan lebih cepat daripada tulang baharu yang boleh menggantikannya. Sekiranya ini berlaku, tulang akan kehilangan mineralnya (seperti kalsium). Hal ini membuat tulang lebih lemah dan lebih mudah patah, meskipun selepas kecederaan ringan, seperti hentakan kecil atau jatuh. Wanita yang telah mengalami menopaus adalah lebih tinggi berkemungkinan mendapat osteoporosis berbanding dengan orang lain.
Apakah etidronate?
Etidronate tergolong dalam kelas ubat yang dikenali sebagai bifosfonat, di mana melambatkan sel yang memecahkan tulang lama. Ia diambil melalui oral mengikut jadual berselang-seli atau kitaran; sebagai contoh, satu 400mg tablet setiap hari atau dua minggu setiap 90 hari, diikuti dengan kalsium atau tiada rawatan untuk baki setiap rawatan 90 hari.
Apakah yang ingin kami ketahui?
Kami ingin mengetahui sama ada etidronate lebih baik berbanding dengan plasebo (ubat tidak aktif atau ‘dummy’) atau ubat lain untuk osteoporosis dalam mencegah patah tulang dalam kalangan wanita yang postmenopaus. Bagi klinikal relevan, kami telah melihat kepada kesan etidronate terhadap wanita, seperti yang dikumpulkan berdasarkan risiko patah (risiko rendah berbanding dengan lebih tinggi). Kami juga ingin mengetahui sekiranya etidronate berkaitan dengan sebarang kesan yang tidak diingini.
Apakah yang kami lakukan?
Kami telah mencari kajian yang membandingkan etidronate dengan plasebo atau ubat lain untuk mencegah osteoporosis. Kami telah membandingkan dan merumuskan keputusan tersebut, dan telah menilai keyakinan dalam bukti, berdasarkan faktor seperti kaedah dan saiz kajian.
Apakah yang kami temui?
Secara keseluruhan, kami telah menjumpai 30 kajian, tetapi 4 kajian memberikan maklumat yang tidak mencukupi tentang keputusan mereka. Oleh itu, kami dapat menganalisa keputusan sebanyak 26 kajian melibatkan 2770 wanita. Sembilan kajian yang berminat dalam ‘pencegahan primer untuk patah tulang berasakan osteoporosis, bermaksud mereka fokus kepada wanita yang berisiko rendah untuk patah tulang, yang mempunyai tulang dengan ketumpatan/ kekuatan hampir normal dan tiada patah tulang belakang sebelumnya. Tujuh belas kajian berminat dalam ‘pencegahan sekunder’ dengan etidronate, bermaksud mereka fokus kepada wanita yang berisiko lebih tinggi untuk patah tulang, yang telah mempunyai tulang lemah (ketumpatan tulang yang rendah), yang pernah patah tulang belakang, atau kedua-duanya. Kebanyakan kajian terutamanya melibatkan wanita berkulit putih. Kajian tersebut berlangsung antara 1 hingga 4 tahun. Sesetengah kajian telah memberikan wanita sebanyak 400 mg/ hari etidronate, manakala kajian lain memberikan 200 mg/ hari.
Keputusan utama untuk pencegahan primer yang telah memberikan wanita sebanyak 400 mg etidronate/hari
Berbanding dengan plasebo, etidronate:
• kemungkinan membuat sedikit atau tiada perbezaan kepada patah tulang bukan vertebra (bukan tulang belakang) dan peristiwa buruk yang serius;
• mungkin membuat sedikit atau tiada perbezaan terhadap patah tulang vertebra klinikal (iaitu, patah tulang belakang yang telah mencadangkan berdasarkan tanda-tanda klinikal dan gejala) dan bilangan wanita yang telah meninggalkan kajian disebabkan oleh peristiwa buruk yang serius.
Bukti yang sangat tidak pasti tentang kesan etidronate terhadap patah tulang pinggul. Tiada satu pun kajian yang telah melaporkan kesan terhadap patah tulang pergelangan tangan.
Keputusan utama untuk kajian pencegahan sekunder yang telah memberikan wanita sebanyak 400 mg etidronate/hari
Berbanding dengan plasebo, etidronate mungkin membuat sedikit atau tiada perbezaan dalam mencegah patah tulang dalam tulang berbanding dengan tulang belakang. Bukti ini sangat tidak pasti tentang kesan etidronate terhadap patah tulang pinggul dan pergelangan tangan, bilangan wanita yang meninggalkan kajian disebabkan oleh peristiwa buruk, dan peristiwa buruk yang serius. Tiada kajian melaporkan tentang kesan etidronate terhadap patah tulang vertebra klinikal.
Apakah batasan bukti?
Keyakinan kami terhadap bukti adalah dari sangat rendah kepada sederhana. Secara am, kami mempunyai sedikit keyakinan dalam bukti disebabkan kemungkinan wanita dalam kajian yang mempunyai kesedaran terhadap rawatan mana yang mereka akan dapat, yang mungkin mempengaruhi keputusan tersebut, dan disebabkan kebanyakan kajian adalah sangat kecil.
Sejauh manakah bukti ini terkini?
Bukti ini terkini sehingga Februari 2023.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia).