Rawatan untuk diabetes gestasi

Cara terbaik untuk mengenal pasti dan merawat wanita mengandung yang keputusan ujian glukos mereka adalah abnormal belum dapat dipastikan buat masa kini. Peningkatan glukos dalam darah bagi wanita mengandung dikenali sebagai diabetes gestasi. Antara komplikasi yang boleh berlaku akibat kesan diabetes gestasi ialah bayi yang besar, yang boleh menyukarkan proses kelahiran dan kemungkinan terpaksa menjalani pembedahan caesarean. 8 kajian yang melibatkan 1418 wanita mencadangkan rawatan spesifik untuk merawat diabetes gestasi dapat memberikan keputusan yang lebih baik kepada ibu dan bayi yang dikandung. Walau bagaimanapun, bukti yang kukuh tentang cara rawatan yang terbaik untuk merawat diabetes gestasi ini tidak dapat ditentukan walaupun dikenalpasti dengan betul. Kajian lanjut diperlukan untuk menganalisa kesan diabetes gestasi ini kepada ibu dan bayi yang dikandung.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Chin Pei Xin (International Medical University). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Chin.PeiXin@student.imu.edu.my

Tools
Information