Beclomethasone dan budesonide lazim diguna untuk merawat orang dengan asma dalam jangka masa panjang. Walaupun banyak penyelidikan yang telah dijalankan dengan kedua-dua steroid ini, sangat sedikit dapat disimpulkan sejauh mana keberkesanannya, kerana kualiti penyelidikan hingga kini belum cukup kuat. Penyelidikan sedia ada tidak memberikan jawapan yang jelas sama ada beclomethasone atau budesonide lebih baik untuk merawat asma.
Jika anda mendapati bukti ini membantu, sila pertimbangkan untuk menderma kepada Cochrane. Kami adalah badan amal yang menghasilkan bukti yang boleh diakses untuk membantu orang ramai membuat keputusan kesihatan dan penjagaan.
Nota terjemahan:
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.