Fluticasone pada dos yang berbeza untuk asma kronik dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak

Fluticasone (FP) adalah kortikosteroid sedutan yang biasa digunakan untuk merawat keradangan pada saluran pernafasan (saluran ke paru-paru) dan memperbaiki pernafasan pesakit asma. Ulasan ini mengkaji keberkesanan FP apabila diberikan dengan dos yang berbeza untuk merawat asma pada kanak-kanak dan orang dewasa. Dos yang tinggi (800 hingga 1000 mikrogram sehari) membawa penambahbaikan yang kecil dalam ukuran pembukaan saluran udara berbanding dengan dos yang rendah (50 hingga 100 mikrogram sehari) pada orang dengan asma yang ringan hingga sederhana. Dos FP yang tinggi tidak membawa kepada penambahbaikan yang jelas dalam gejala berbanding dos yang lebih rendah dan ia akan meningkatkan risiko suara yang serak dan jangkitan kulat pada mulut. Dalam kalangan orang dengan asma yang teruk, dos FP yang sangat tinggi (2000 mikrogram sehari) membenarkan lebih ramai orang yang sedang menggunakan ubat oral bersteroid untuk menghentikannya atau mengurangkan dos pil steroid berbanding dengan dos FP yang lebih rendah (1000-1500 mikrogram sehari).

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information