Rawatan untuk kolitis kolagenus

Apakah itu kolitis kolagenus?

Kolitis kolagenus adalah sejenis kolitis mikroskopik, satu keadaan yang dicirikan sebagai cirit-birit berair kronik tidak berdarah. Orang yang mempunyai kolitis kolagenus mempunyai usus yang normal apabila dilihat melalui endoskopi (kamera yang digunakan untuk melihat usus); tetapi mempunyai keradangan mikroskopik usus ketika dilihat melalui biopsi (contoh tisu yang diambil semasa endoskopi). Punca gangguan ini tidak diketahui.

Apakah rawatan yang telah diuji untuk kolitis limfositik?

Budesonide, mesalamine, cholestyramine, ekstrak Boswellia serrata, probiotik, prednisolone dan Pepto-Bismol® telah dikaji sebagai rawatan kolitis kolagenus. Budesonide adalah sejenis ubat steroid imunosupresif yang cepat dimetabolisma oleh hati yang mengakibatkan penurunan kesan sampingan steroid. Prednisolone adalah ubat steroid yang digunakan untuk merawat keradangan. Mesalamine (juga dikenali sebagai 5-ASA) adalah ubat anti-radang. Cholestyramine adalah ubat yang membantu badan membuang asid hempedu. Pepto-Bismol®, adalah ubat antacid yang digunakan untuk merawat ketidakselesaan perut dan saluran gastrousus. Ekstrak Boswellia serrata adalah ekstrak herba. Probiotik ditemui dalam yogurt atau makanan tambahan dan mengandungi bakteria atau yis yang bermanfaat.

Apakah yang disiasat oleh penyelidik?

Para penyelidik menyiasat sama ada rawatan ini meningkatkan gejala (seperti cirit-birit) atau keradangan mikroskopi kolitis kolagenus dan sama ada wujud kesan sampingan (kemudaratan) akibat daripada rawatan. Para penyelidik telah mencari penulisan perubatan secara meluas sehingga 7 November 2016.

Apkah yang dijumpai oleh para penyelidik?

Dua belas kajian (476 peserta) telah dikenalpasti. Empat kajian adalah berkualiti tinggi. Satu kajian yang menilai mesalamine dan cholestyramine adalah berkualiti rendah dan kualiti kajian lain dinilai sebagai tidak pasti kerana kaedah laporan yang kurang baik.

Cirit-birit pulih dalam 100% (4/4) dengan Pepto-Bismol® (sembilan tablet 262 mg setiap hari selama 8 minggu) peserta berbanding 0% (0/5) peserta dengan plasebo (1 kajian; kualiti bukti sangat rendah) Cirit-birit pulih dalam 44% (7/16) daripada Boswellia serrata peserta (tiga kapsul 400 mg/hari selama 8 minggu) berbanding 27% (4/15) peserta dengan plasebo (1 kajian; kualiti bukti rendah). Cirit-birit pulih dalam 80% (24/30) peserta budesonide berbanding 44% (11/25) peserta dengan mesalamine (1 kajian; bukti berkualiti rendah). Tiada perbezaan antara kedua-dua rawatan dari segi kesan sampingan. Cirit-birit pulih dalam 44% (11/25) mesalamine (3 g / hari) peserta berbanding 59% (22/37) peserta dengan plasebo (1 kajian; kualiti bukti yang rendah) Tiada perbezaan antara kedua-dua rawatan dari segi kesan sampingan. Cirit-birit pulih dalam 63% (5/8) prednisolone (50 mg / hari selama 2 minggu) peserta berbanding 0% (0/3) peserta dengan plasebo (1 kajian, bukti berkualiti rendah). Cirit-birit pulih dalam 29% (6/21) peserta yang menerima probiotik (2 kapsul yang mengandungi probiotik dua kali sehari selama 12 minggu) berbanding dengan 13% (1/8) peserta dengan plasebo (1 kajian, bukti berkualiti sangat rendah). Cirit-birit pulih dalam peserta mesalamine sebanyak 73% (8/11) (800 mg tiga kali sehari) berbanding 100% (12/12) peserta dengan mesalamine + cholestyramine (4 g sehari) (1 kajian, bukti berkualiti sangat rendah). Cirit-birit pulih dalam 81% (38/47) daripada budesonide (9 mg setiap hari untuk 6-8 minggu) peserta berbanding 17% (8/47) peserta dengan plasebo (3 kajian; bukti berkualiti rendah) Peningkatan keradangan mikroskopik berlaku pada 72% (34/47) peserta budesonide berbanding 17% (8/47) peserta plasebo (bukti berkualiti rendah). Ketiadaan cirit-birit kekal selama 6 bulan dalam 68% (57/84) peserta budesonide berbanding 20% (18/88) peserta plasebo (3 kajian, bukti berkualiti rendah). Peningkatan keradangan mikroskopik kekal dalam 48% (19/40) peserta budesonide berbanding 15% (6/40) peserta plasebo (2 kajian; bukti berkualiti sangat rendah). Tiada perbezaan ditemui antara budesonide dan plasebo bagi kesan sampingan (bukti berkualiti rendah) atau kesan sampingan yang serius (bukti berkualiti sangat rendah). Kesan sampingan yang dilaporkan dalam kajian budesonide termasuklah loya, muntah, sakit leher, sakit perut, berpeluh berlebihan dan sakit kepala. Kesan sampingan yang dilaporkan dalam kajian mesalamine termasuklah loya dan ruam kulit. Kesan sampingan dalam kajian prednisolone termasuklah sakit perut, sakit kepala, gangguan tidur, perubahan emosi dan peningkatan berat badan.

Kesimpulannya, bukti berkualiti rendah menunjukkan bahawa budesonide mungkin terapi yang berkesan untuk kolitis kolagenus aktif dan tidak aktif. Oleh kerana saiz sampel yang kecil dan kualiti kajian yang rendah, penyelidik tidak pasti tentang manfaat dan kemudaratan terapi dengan Pepto-Bismol®, Boswellia serrata ekstrak, mesalamine dengan atau tanpa cholestramine, prednisolone dan probiotik. Agen-agen dan terapi lain memerlukan kajian lanjut.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Tools
Information