Latar belakang
Rokok tembakau adalah penyebab utama kematian dan penyakit yang dapat dicegah di seluruh dunia. Ahli farmasi komuniti adalah profesional penjagaan kesihatan yang dihormati yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mudah diakses dan sesuai kepada komuniti mereka, dan mereka ditempatkan dengan baik untuk memberikan pelanggan mereka bantuan untuk berhenti merokok. Sesungguhnya, banyak kerajaan mengiktiraf farmasi komuniti sebagai cara yang berguna untuk menyampaikan banyak perkhidmatan penjagaan kesihatan. Walaubagaimanapun, kita memerlukan bukti bahawa perkhidmatan ini berkesan sebelum kita mengembangkannya dengan lebih meluas.
Ciri-ciri Kajian
Kami mencari kajian yang relevan pada bulan Januari 2019, dan mendapati tujuh kajian termasuk 1774 orang. Tiga kajian dijalankan di UK, dan satu di Australia, Amerika Syarikat, Qatar, dan Itali. Setiap kajian menyediakan sokongan tingkah laku bersemuka yang disampaikan oleh kakitangan farmasi, yang menerima latihan khusus. Kajian membandingkan program berstruktur kepada sokongan kurang intensif untuk berhenti merokok.
Keputusan-keputusan utama
Kami mendapati bukti bahawa penjagaan berstruktur yang lebih intensif yang diberikan oleh kakitangan farmasi komuniti mungkin membantu lebih ramai orang berhenti merokok daripada sokongan kurang intensif untuk berhenti.
Kualiti bukti
Kami mendapati bukti yang berkualiti rendah bahawa sokongan farmasi komuniti membantu orang ramai untuk berhenti merokok. Batasan bukti datang dari masalah yang berpotensi dengan cara beberapa kajian dijalankan dan bilangan orang yang rendah yang berhenti merokok merangkumi kajian yang termasuk, yang bermaksud kita tidak pasti betapa efektifnya program-program ini.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my