Vasopresor untuk kejutan hipotensif

Soalan ulasan

Ulasan ini mencari bukti yang tidak bias mengenai kesan-kesan pelbagai ubat yang meningkatkan tekanan darah terhadap risiko kematian dalam kalangan pesakit kritikal yang mengalami gangguan peredaran darah.

Latar belakang

● Kejutan peredaran darah didefinisi sebagai keadaan peredaran darah terganggu yang boleh mengancam nyawa menyebabkan badan tidak dapat mengekalkan penghantaran darah ke tisu badan dan untuk memenuhi permintaan oksigen.

● Tanda-tanda biasa kejutan termasuklah tekanan darah rendah, denyut jantung yang cepat dan perfusi organ yang lemah yang ditunjukkan sebagai output urin rendah, kekeliruan atau hilang kesedaran.

● Kematian di unit rawatan rapi ialah 16% sehingga 60%, bergantung kepada keadaan tersirat pesakit: rawatan termasuk penggantian cecair diikuti oleh penggunaan agen vasopresor, jika perlu.

Agen vasopresor adalah sejenis ubat yang meningkatkan tekanan darah. Terdapat enam ubat vasopresor yang sedia ada dan berjaya digunakan untuk meningkatkan tekanan darah bagi membalikkan kegagalan peredaran dalam rawatan kritikal. Perbezaan kesan-kesannya ke atas kemandirian dibincang dengan kontroversi dan mesti disiasat.

● Ulasan in bertujuan untuk mengetahui sama ada ubat tunggal tersebut atau dalam kombinasi lebih baik atau lebih teruk dengan yang lain.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga Jun 2015.

Ciri-ciri kajian

Penulis ulasan ini mengenalpasti 28 kajian rawak terkawal yang melibatkan 3497 pesakit kritikal yang mengalami kegagalan peredaran, yang mana 1773 telah meninggal dunia. Pesakit-pesakit telah disusuli sehingga setahun.

Ubat-ubat berikut, sama ada diberi secara tunggal atau dalam kombinasi, telah dikaji dalam 12 perbandingan yang berbeza: dopamine, norepinephrine, epinephrine, phenylephrine, vasopressin, dan terlipressin.

Keputusan utama

Kesimpulannya, para penyelidik tidak mendapati perbezaan ketara dalam risiko kematian dalam sebarang perbandingan pelbagai ubat tersebut sama ada diberi secara tunggal atau dalam kombinasi, apabila laporan kematian terkini diambil kira.

Gangguan dalam ritma jantung berlaku lebih kerap dalam kalangan pesakit yang dirawat dengan dopamine berbanding pesakit yang dirawat dengan norepinephrine.

Kualiti bukti

Kualiti bukti adalah tinggi bagi perbandingan antara norepinephrine dan dopamine, dan amat rendah hingga sederhana bagi perbandingan lain.

Penemuan adalah konsisten bagi beberapa kajian besar dan kajian-kajian yang berlainan kualiti.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Woh Chee Peng (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi cheepeng.woh@gmail.com

Tools
Information