Pilonefritis akut merujuk kepada jangkitan buah pinggang dan ia merupakan jangkitan saluran kencing (UTI) dalam bentuk yang paling teruk. Pilonefritis akut menyebabkan demam yang tinggi, muntah, sakit perut, meragam dan makan yang sedikit dalam bayi.
Kami ingin mengetahui samada antibiotik oral berkesan seperti gabungan antibiotik oral dan suntikan untuk merawat kanak-kanak bagi jangkitan buah pinggang. Ulasan ini mengemaskini penemuan / penyiasatan kami yang terdahulu yang diterbitkan dalam tahun 2003, 2005 dan 2007. Ulasan ini merangkumi bukti daripada 27 kajian yang melibatkan 4452 kanak-kanak. Tarikh pencarian literatur terakhir adalah April 2014. Ulasan terkini ini melibatkan bukti dari tiga kajian baru dan dari satu kajian yang dahulunya dikeluarkan.
Keputusan ulasan mencadangkan kanak-kanak berumur lebih dari satu bulan dengan pilonefritis akut boleh dirawat secara berkesan dengan antibiotik oral (cefixime, ceftibuten atau amoxicillin/clavulanic asid) atau dengan terapi intravena (IV) jangka pendek (dua hingga empat hari) diikuti dengan terapi oral. Jika terapi IV dengan aminoglikosid diperlukan, dos sekali sehari adalah selamat dan berkesan.
Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hosp Sdn Bhd, JB). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my