Ubat parasimpatomimetik untuk rawatan 'mulut kering' akibat radioterapi

Ulasan terkini mendapati bukti terhad untuk menyokong penggunaan pilokarpin hidroklorida dalam rawatan disfungsi kelenjar liur ('mulut kering') yang disebabkan oleh radiasi.Kerosakan kelenjar liur adalah komplikasi lazim oleh radioterapi kepada kawasan kepala dan leher. Ia menyebabkan kekeringan pada mulut sehingga menyebabkan kesusahan semasa makan, bercakap dan jangkitan kuman di kawasn sekitarnya. Ubat parasimpatomimetik telah diguna untuk merawat kerosakan kelenjar liur akibat radioterapi.

Kami mengenalpasti tiga kajian yang melibatkan 289 peserta dan mereka semua menggunakan ubat pilokarpin.

Ulasan ini mendapati 42% hingga 51% peserta kajian (4 ke 5 dari 10) memberi respon terhadap pilokarpin, walaupun dalam sesetengah peserta respon tidak dirasa sehingga 12 minggu.Pilokarpin adalah lebih berkesan dari rawatan plasebo dan hampir sama kesannya dengan air liur tiruan.

Kesan sampingan pilokarpin lebih kerap (misalnya berpeluh, sakit kepala, kerap buang air kecil, kemerahan) namun dilapor sebagai ringan; 6% hingga 15% (0.6 hingga 1.5 dari 10) peserta terpaksa berhenti mengambil pilokarpin akibat kesan sampingan tersebut.

Hasil atau dapatan ulasan ini agak terhad disebabkan bilangan kecil kajian berkualiti yang telah dibuat dalam jurusan ini.Kemaskini ulasan tidak mendapati sebarang maklumat baru bagi tajuk ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail,(Kolej Perubatan Melaka-Manipal) Disunting oleh Fauziah Jummaat (Universiti Sains Malaysia) Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information