Akupunktur dan elektroakupunktur untuk artritis reumatoid.

Adakah akupunktur berkesan untuk merawat artritis reumatoid?

Dua kajian yang berkualiti rendah hingga sederhana telah diulas dan membekalkan bukti terbaik kepada kita pada masa ini. Kajian-kajian tersebut menguji 84 orang yang disahkan mempunyai penyakit artritis reumatoid. Kajian-kajian berkenaan membandingkan akupunktur dengan plasebo (terapi palsu) atau sejenis suntikan steroid. Kemajuan diukur selepas satu rawatan atau selepas lima rawatan yang diberikan sekali setiap minggu.

Apa yang menyebabkan sakit bahu dan bagaimana akupunktur dapat membantu?Artritis reumatoid (RA) adalah sejenis penyakit yang mana sistem imun badan menyerang tisu badan yang sihat. Serangan biasanya berlaku pada sendi-sendi tangan dan kaki dan menyebabkan kemerahan, sakit, bengkak dan panas di sekitar sendi-sendi tersebut. Ubat dan rawatan tanpa ubat telah digunakan untuk menghilangkan sakit dan/atau bengkak.

Akupunktur ialah terapi tanpa ubat yang mana jarum-jarum halus dicucuk di titik-titik tertentu pada badan. Akupunktur dipercayai bertindak dengan melepaskan bahan kimia dalam badan lalu menghilangkan sakit, dengan mengatasi isyarat sakit dalam saraf atau dengan membenarkan tenaga (Qi) atau darah untuk bebas mengalir dalam badan. Adalah tidak diketahui sama ada akupunktur benar-benar berkesan atau selamat.

Apa yang ditunjukkan oleh kajian-kajian tersebut?Dalam satu kajian, peserta telah menerima akupunktur atau terapi palsu untuk lima minggu, sekali setiap minggu. Sakit, bilangan sendi yang bengkak dan sakit, aktiviti penyakit, kesejahteraan secara keseluruhan, keputusan makmal atau jumlah ubat tahan sakit yang diperlukan adalah lebih kurang sama dalam kalangan pesakit yang menerima akupunktur atau terapi palsu.

Dalam kajian lain, pesakit menerima akupunktur dengan arus elektrik yang melalui jarum pada titik-titik akupunktur yang spesifik atau betul di lutut atau pada titik-titik palsu di lutut. Sakit lutut semasa tidak melakukan apa-apa aktiviti, semasa bergerak atau semasa berdiri berkurang dengan lebih banyak dalam pesakit yang menerima akupunktur yang betul. Kemajuan ini bertahan sehingga 4 bulan selepas akupunktur. Malangnya, pengarang sorotan ini percaya bahawa kajian ini berkualiti rendah dan mungkin membuat anggaran yang berlebihan tentang kebaikan akupunktur.

Adakah ia selamat?Kesan sampingan tidak diukur dalam kajian-kajian tersebut.

Apakah kesimpulannya?Kualiti bukti yang dikemukakan adalah 'perak'.

Daripada bukti terhad yang ada, dapat disimpulkan bahawa akupunktur tidak menambah baik simtom artritis reumatoid.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Nursyahirah binti Johari (Melaka-Manipal Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi nursyahirahjohari@gmail.com. Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Tools
Information