Insulin 'manusia' berbanding dengan insulin haiwan dalam kalangan orang yang menghidap diabetis

Insulin manusia telah menjadi insulin pilihan bagi pesakit yang baru disahkan dengan diabetis. Syarikat insulin tidak akan mengekalkan pelbagai formulasi spesis untuk sebahagian populasi yang menurun dalam diabetes menggunakan insulin haiwan. Kebimbangan wujud tentang peningkatan hipoglisemia berikutan pemindahan kepada insulin manusia dan ketersediaan insulin haiwan terutamanya di negara-negara membangun. Dalam ulasan sistematik kami, kami tidak dapat mengenal pasti perbezaan yang besar dari segi keselamatan dan keberkesanan antara spesies insulin. Kebanyakkan hasil berorientasikan pesakit penting seperti kualiti hidup yang berkait dengan kesihatan dan kesan ke atas komplikasi diabetis dan kematian tidak pernah disiasat. Insulin manusia telah diperkenalkan di pasaran tanpa bukti saintifik tentang kelebihannya berbanding insulin haiwan disucikan sedia ada, terutama insulin babi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information