Radioterapi adjuvan untuk kanser endometrium tahap I

Wanita yang menghidap kanser endometrium tahap I (awal) berisiko rendah untuk perulangan penyakit tersebut. Kurang daripada 10% wanita yang dirawat dengan pembedahan sahaja mengalami perulangan selepas pembedahan. Risiko adalah jauh lebih tinggi (dan mungkin dua kali ganda) bagi sesetengah wanita yang mempunyai faktor risiko yang tinggi termasuk jenis-jenis sel agresif (gred 3) dan serangan otot yang mendalam (tahap IC). Radioterapi sinar eksternal (EBRT) selepas pembedahan mengurangkan risiko perulangan kanser di pelvis sebanyak kira-kira dua pertiga berbanding dengan pembedahan sahaja, namun tidak mengurangkan risiko kematian.

Radioterapi sinar eksternal berisiko kesan sampingan berpanjangan yang berkait dengan rawatan, dan penggunaan rutin harus dielakkan dalam kes kanser endometrium tahap I. Walau bagaimanapun, daripada bukti sedia ada, kami tidak boleh menidakkan kemungkinan radioterapi sinar eksternal memanfaatkan wanita penghidap kanser tahap I yang berisiko tinggi. Brakiterapi faraj (VBT) dilihat berguna untuk mengurangkan perulangan kanser di tempat yang sama dan mungkin dikaitkan dengan kurang kesan sampingan berbanding EBRT .

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Haslina Haroon (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi haslina@usm.my

Tools
Information