Laluan nasal berbanding laluan mulut untuk meletakkan tiub pemakanan dalam kalangan bayi lahir pramasa atau berat lahir rendah.

Apabila bayi lahir pramasa atau bayi dengan berat lahir rendah sangat pramatang atau tidak sihat untuk menghisap susu, mereka boleh menerima susu melalui tiub pemakanan yang dimasukkan melalui hidung atau mulut. Walaupun tiub yang diletak melalui hidung mungkin lebih stabil dan kurang cenderung untuk teralih berbanding tiub yang diletak melalui mulut, terdapat kebimbangan tiub nasal akan mengganggu pernafasan. Hanya terdapat tiga kajian kecil yang membandingkan kedua-dua opsyen ini dan kajian-kajian ini tidak menemui bukti yang menyakinkan untuk menyokong penggunaan rutin satu laluan berbanding dengan laluan yang satu lagi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor’s University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi julieyeohh@gmail.com. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail, Kolej Perubatan Melaka-Manipal.

Tools
Information