Latar belakang
Daripada semua orang yang menghidap kanser perut, di negara di mana pemeriksaan tidak dilakukan secara rutin, 80% hingga 90% didiagnosis pada peringkat lanjut apabila tumor tidak dapat dibedah, atau mengalami kekambuhan dalam tempoh lima tahun selepas pembedahan. Sebelum memulakan sebarang kemoterapi sistemik dalam penyakit lanjutan, ujian untuk ekspresi faktor pertumbuhan Epidermal Manusia Reseptor-2 (disingkat HER-2) adalah wajib, dan orang dengan keperluan HER-2, tanpa kontraindikasi, perlu dirawat dengan gabungan kemoterapi berasaskan cisplatin / fluoropyrimidine dan trastuzumab (iaitu antibodi monoklonal yang diarahkan kepada reseptor faktor pertumbuhan epidermis manusia II).
Ciri-ciri kajian
Penyelidik mencari pangkalan data bioperubatan (MEDLINE, Embase, Daftar Pusat Kajian Klinikal Cochrane) hingga Jun 2016. Penyelidik termasuk 64 RCT, di mana 60 kajian dengan 11,698 peserta mengandungi data mengenai kelangsungan hidup secara keseluruhan, dalam sorotan ini. Penyelidik mengecualikan 195 kajian dengan sebab.
Kualiti bukti
Kualiti bukti adalah antara sangat rendah hingga tinggi, bergantung kepada perbandingan dan hasil yang dinilai. Alasan untuk menurunkan kualiti adalah disebabkan oleh risiko berat sebelah kerana kekurangan kajian radiologi yang buta atau bebas, ketidaktepatan atau heterogeniti.
Keputusan utama
Kemoterapi meningkatkan kelangsungan hidup (kira-kira 6.7 bulan) dan kualiti hidup berbanding dengan penjagaan sokongan terbaik sendirian, dan kombinasi kemoterapi barisan pertama meningkatkan kelangsungan hidup (selama satu bulan) berbanding agen tunggal 5-FU.
Penambahan docetaxel kepada rejimen kemoterapi berasaskan platinum-fluoroprimidin nampaknya memanjangkan kelangsungan hidup (dengan hanya satu bulan tambahan) dengan risiko peningkatan ketoksikan. Adalah tidak jelas manfaat daripada penambahan ubat ketiga (docetaxel atau epirubisin) kepada kombinasi dua ubat kemoterapi platinum-fluoropirimidin melebihi ketoksikannya.
Pertimbangan profil kesan sampingan dan impak kesan sampingan ini atas kualiti hidup seseorang, serta beban tumor dan keperluan untuk mendapatkan tindak balas dengan cepat adalah penting dalam pemilihan rejimen. Sebagai tambahan, rejimen yang mengandungi irinotekan memanjangkan hidup secara keseluruhan (dengan 1.6 bulan tambahan) berbanding dengan rejimen yang tidak mengandungi irinotekan.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.