Kesan nutrisi dalam tempoh 24 jam pertama selepas pembedahan usus terhadap tempoh tinggal di hospital dan komplikasi postoperatif

Soalan ulasan

Untuk melihat sama ada memberi makan pesakit lebih awal selepas pembedahan melalui oral atau melalui tiub boleh membantu mereka meninggalkan hospital dengan lebih cepat dan kurang komplikasi.

Latar belakang

Secara tradisional, selepas pembedahan gastrousus, adalah biasa bagi pesakit tidak diberi sebarang makanan sehinggalah usus mereka dapat berfungsi semula (seperti bunyi usus, mengeluarkan angin, pergerakan usus). Kajian-kajian telah melihat sama ada pesakit memberi makan lebih awal selepas pembedahan dapat membantu mengurangkan komplikasi (seperti pneumonia), tetapi terdapat keputusan yang bercampur-campur. Adalah penting untuk mengemas kini ulasan ini kerana bukti dalam ulasan terdahulu tidak ekstensif. Relevansi pemakanan awal berikutan penggabungannya dalam program penjagaan pesakit (juga dikenali sebagai pemulihan selepas pembedahan (ERAS) yang dipertingkat), masih menjadi soalan penting untuk dijawab.

Ciri-ciri kajian

Ulasan ini menemui 17 kajian yang relevan yang merekrut sejumlah 1437 peserta yang menjalani pembedahan gastrousus rendah (distal kepada ligamen Treitz).

Keputusan utama

Kami mendapati bukti bahawa pesakit yang menerima nutrisi dalam tempoh 24 jam pertama selepas pembedahan dapat meninggalkan hospital hampir dua hari lebih cepat daripada pesakit yang tidak diberi nutrisi sehingga aktiviti usus kembali. Walau bagaimanapun, kualiti bukti adalah rendah, oleh itu memberi makan awal selepas pembedahan mungkin tidak menyebabkan pesakit meninggalkan hospital lebih awal. Mereka juga mungkin berisiko lebih rendah untuk mati. Walau bagaimanapun, kami mendapati bukti yang lemah bahawa pesakit yang diberi nutrisi dalam hari pertama selepas pembedahan lebih berisiko untuk muntah. Tiada perbezaan dalam kadar komplikasi (seperti jangkitan luka atau pneumonia) di antara pesakit yang diberi makan awal dan yang tidak.

Kualiti bukti

Semua kajian adalah berkualiti rendah, yang mungkin bermakna keputusan-keputusan kurang dipercayai. Untuk meneroka pemberian makanan awal selepas pembedahan, lebih banyak kajian yang lebih besar dan berkualiti tinggi diperlukan.Untuk meneroka pemberian makanan awal selepas pembedahan, lebih banyak kajian yang lebih besar dan berkualiti tinggi diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Nooliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com

Tools
Information