Farmakoterapi untuk penurunan berat badan dalam kalangan orang dewasa dengan diabetes melitus jenis 2

Obesiti adalah berkait rapat dengan diabetes jenis 2 dan penurunan berat badan adalah satu bahagian penting dalam penjagaan yang diberi kepada orang-orang obes dengan diabetes. Ulasan ubat-ubatan untuk menurunkan berat badan dalam kalangan orang dewasa dengan diabetes jenis 2 menunjukkan kehilangan berat badan sebanyak 2.0 dan 5.1 kg bagi fluoxetine, orlistat dan sibutramine pada susulan sehingga 57 minggu. Kesan jangka panjangnya masih tidak pasti. Peristiwa buruk lazim berlaku bagi ketiga-tiga ubat: kesan sampingan gastrousus dengan orlistat; tremor, somnolens, dan berpeluh dengan fluoxetine; dan palpitasi dengan sibutramine. Terdapat beberapa kajian yang menilai ubat-ubatan lain yang diguna untuk penurunan berat dalam populasi penghidap diabetes.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information