Nasihat pemakanan untuk rawatan diabetes melitus jenis 2 di kalangan orang dewasa

Tiada data berkualiti tinggi tentang keberkesanan diet sahaja untuk rawatan diabetes melitus jenis 2. Ulasan sistematik ini menilai keputusan-keputusan kajian yang menkaji nasihat pemakanan sahaja atau digabungkan dengan senaman atau perubahan gaya hidup. Lapan belas kajian telah dimasukkan untuk ulasan ini. Tiada data ditemui tentang komplikasi mikro atau makrovaskular diabetes, kematian atau kualiti kehidupan. Adalah sukar untuk membuat kesimpulan daripada data terhad yang dibentangkan di dalam kajian ini. Walau bagaimanapun, penambahan senaman pada nasihat pemakanan menunjukkan peningkatan kawalan metabolik semasa pemeriksaan susulan pada bulan ke enam dan bulan ke dua belas.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my.

Tools
Information