Penggunaan bantuan penafasan tidak invasif (pengudaraan melalui topeng muka) dilihat mampu memudahkan proses pengalihan keluar bantuan pernafasan konvensional dalam kalangan orang dewasa.

Pesakit-pesakit yang mengalami kegagalan pernafasan akut selalunya memerlukan intubasi endotracheal dan bantuan pernafasan mekanikal (bantuan pernafasan tekanan positif yang invasif) untuk mengekalkan hayat pesakit. Bantuan pernafasan mekanikal boleh mengakibatkan komplikasi-komplikasi seperti kelemahan otot pernafasan, kecederaan saluran udara atas, jangkitan paru-paru berkaitan bantuan pernafasan, masalah resdung dan kematian. Disebabkan perkara ini, adalah penting untuk mengurangkan tempoh bantuan pernafasan mekanikal. Pengudaraan tekanan positif yang tidak invasif boleh dicapai melalui topeng rongga oronasal, hidung atau seluruh muka yang disambungkan dengan alat bantuan pernafasan tekanan positif dan tidak memerlukan saluran udara dalaman tiruan.

Keputusan daripada 16 kajian rawak terkawal yang rata-ratanya berkualiiti baik dan sederhana dan melibatkan 994 peserta (dengan anggaran dua pertiga adalah pesakit kronik paru-paru obstruktif yang mempunyai kegagalan pernafasan dan mula untuk bernafas sendiri) telah menunjukkan bahawa bantuan pernafasan tidak invasif dapat mengurangkan kadar kematian, kegagalan mengurangkan bantuan pernafasan, jangkitan paru-paru dan tempoh menetap di unit rawatan rapi dan hospital. Pengurangan bantuan penafasan secara tidak invasif juga memendekkan tempoh kesuluruhan bantuan pernafasan dan masa yang dihabiskan untuk bantuan pernafasan invasif, dan mengurangkan bilangan pesakit yang menerima trakeostomi. Walaupun pengurangan bantuan pernafasan secara tidak invasif tidak mengubah tempoh pengurangan bantuan pernafasan mekanikal, namun ianya tidak meningkatkan kadar intubasi semula. Data yang didapati tidak mencukupi untuk menilai kesan terhadap kualiti hidup pesakit. Pengurangan bantuan penafasan secara tidak invasif dapat mengurangkan kematian secara ketara dalam kalangan pesakit penyakit kronik paru-paru obstruktif berbanding kajian-kajian dengan populasi yang bercampur.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Zaki Hilmi Bin Zainal Abidin (Kementerian Kesihatan Malaysia). Disunting Tan May Loong RCSI & UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi muhammadzakihilmi@gmail.com

Tools
Information