Senaman untuk dismenorea

Ulasan soalan

Penulis Cochrane mengulas bukti keberkesanan dan keselamatan senaman dalam kalangan wanita dengan dismenorea primer (sakit semasa haid).

Latar belakang

Kami ingin tahu sama ada senaman lebih baik daripada tiada rawatan, rawatan yang memberi kamu perhatian tetapi bukan senaman, atau ubat-ubatan farmaseutikal yang disyorkan untuk dismenorea primer, seperti pil kontraseptif oral atau ubat anti-radang bukan steroid (NSAID).

Ciri-ciri kajian

Kami mendapati 12 kajian yang memasukkan 854 wanita yang mengkaji kesan senaman dalam kalangan wanita dengan sakit semasa haid. Bukti adalah terkini sehingga Ogos 2019. Dua kajian tidak melaporkan data yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam analisis meta, oleh itu kami memasukkan10 kajian dengan 754 wanita dalam analisis meta kami. Sebelas kajian membandingkan senaman dengan tanpa rawatan dan satu lagi membandingkan senaman dengan NSAID.

Keputusan utama

Senaman, sama ada intensiti rendah, seperti yoga, atau intensiti tinggi, seperti aerobik, boleh memberi pengurangan besar dalam intensiti sakit semasa haid, berbanding tidak melakukan apa-apa. Pengurangan sakit ini penting untuk wanita dengan sakit semasa haid kerana ianya dua kali ganda lebih amaun minimum pengurangan sakit yang difikir perlu untuk menunjukkan perbezaan. Kebanyakan kajian meminta wanita untuk bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, untuk kira-kira 45 hingga 60 minit senaman setiap sesi. Adalah tidak jelas jika kurang kerap bersenam, atau untuk tempoh yang lebih pendek akan menghasilkan keputusan yang sama. Senaman dilakukan secara kerap sepanjang bulan, dengan beberapa kajian meminta wanita untuk tidak melaksanakan senaman dalam tempoh haid.

Bukti untuk keselamatan senaman tidak dilaporkan dengan baik dan kami tidak dapat membuat sebarang kesimpulan. Hasil lain, seperti kesan ke atas gejala haid keseluruhan atau kualiti hidup keseluruhan, tidak dilapor dengan baik dan bukti-bukti adalah berkualiti sangat rendah, oleh itu kami tidak pasti jika senaman memberi sebarang kesan ke atas hasil-hasil ini. Tiada kajian yang melaporkan kadar tidak hadir bekerja atau sekolah atau halangan aktiviti kehidupan harian.

Tiada cukup bukti untuk menentukan jika terdapat manfaat daripada senaman berbanding NSAID, kumpulan ubat-ubatan (seperti ibuprofen) yanag lazim diguna untuk merawat sakit semasa haid, intensiti sakit haid, keperluan tambahan untuk ubat-ubatan yang melegakan sakit, atau tidak hadir bekerja atau sekolah. Tiada kajian melaporka kualiti hidup atau halangan aktiviti kehidupan harian

Kualiti bukti

Kualiti bukti adalah rendah hingga sangat rendah. Pembatasan utama adalah akibat saiz sampel yang kecil (terlalu sedikit wanita dalam kajian), ketakkonsistenan (kajian memberikan keputusan yang sangat berbeza) dan risiko bias berkaitan dengan pembutaan (di mana penyelidik atau peserta tahu apa rawatan yang diterima).

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Fairuz Fadzilah Rahim (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi fairuzfr@yahoo.com

Tools
Information