Terapi hormon jangka panjang untuk wanita perimenopausal dan menopaus

Soalan ulasan

Apakah kesan klinikal menggunakan terapi hormon (HT) untuk setahun atau lebih lama terhadap wanita perimenopausal dan yang telah putus haid?

Latar belakang

HT diberikan untuk mengawal gejala menopaus. Ia juga telah digunakan bagi pengurusan dan pencegahan penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, osteoporosis dan demensia.

Ciri-ciri kajian

Ulasan ini melibatkan 22 dua buta-kajian rawak terkawal (RCTs) (43.637 wanita). Bukti ini adalah terkini sehingga March 2016.

Keputusan-keputusan utama

Dalam kalangan wanita sihat yang telah menopaus yang, dengan menggunakan gabungan HT berterusan selama 1 tahun dapat meningkatkan risiko serangan jantung daripada kira-kira 2 dalam 1000 kepada antara 3 dan 7 dalam 1000, dan peningkatan risiko trombosis vena (darah beku) daripada kira-kira 2 dalam 1000 kepada antara 4 dan 11 dalam 1000. Dengan penggunaan yang lebih lama, HT juga meningkatkan risiko strok, kanser payudara, penyakit pundi hempedu dan kematian akibat kanser paru-paru.

HT Estrogen-sahaja meningkatkan risiko trombosis vena selepas digunakan 1-2 tahun: dari 2 dalam 1000 kepada 2 hingga 10 dalam 1000. Dengan penggunaan yang lebih lama, ia juga meningkatkan risiko strok dan penyakit pundi hempedu, tetapi ia mengurangkan risiko kanser payudara (selepas digunakan 7 tahun) dari 25 dalam 1000 kepada 15 dan 25 dalam 1000.

Dalam kalangan wanita yang lebih 65 tahun yang mengambil secara berterusan HT yang digabungkan , kejadian demensia telah meningkat.

Risiko patah tulang adalah satu-satunya keputusan dimana bukti kukuh menunjukkan manfaat klinikal dari HT (kedua-dua jenis).

Wanita yang mempunyai simptom menopaus tidak boleh tahan mungkin ingin mempertimbangkan manfaat kelegaan gejala terhadap risiko mutlak bahaya kecil yang timbul daripada penggunaan jangka pendek HT dos rendah, dengan syarat mereka tidak mempunyai kontraindikasi yang tertentu. HT mungkin tidak sesuai bagi sesetengah wanita, termasuk mereka yang berrisiko tinggi penyakit kardiovaskular, peningkatan risiko penyakit thromboembolic (seperti mereka yang obesiti atau sejarah trombosis vena) atau peningkatan risiko beberapa jenis kanser (seperti kanser payudara, wanita dengan rahim). Risiko kanser endometrium untuk wanita dengan rahim yang mengambil HT estrogen sahaja adalah telah didokumenkan.

HT tidak berguna untuk pencegahan primer atau sekunder penyakit kardiovaskular atau demensia, begitu juga mencegah kemerosotan fungsi kognitif dalam kalangan wanita menopaus. Walaupun HT dianggap berkesan untuk pencegahan osteoporosis putus haid, ia biasanya disyorkan sebagai pilihan hanya untuk wanita yang mempunyai risiko signifikan, yang mana terapi bukan estrogen tidak sesuai. Data tidak mencukupi untuk penilaian risiko penggunaan HT jangka panjang di kalangan wanita perimenopausal atau wanita menopaus lebih muda daripada 50 tahun.

Kualiti bukti

Bagi kebanyakan kajian, risiko berat sebelah adalah rendah dalam kebanyakan domain dan kualiti keseluruhan bukti adalah sederhana. Had utama adalah bahawa hanya kira-kira 30% wanita berusia 50 hingga 59 tahun pada garis dasar - usia di mana wanita yang mungkin menimbangkan untuk HT untuk gejala vasomotor.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai. (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my.

Tools
Information