Apakah manfaat NSAID untuk merawat pengumpulan cecair di dalam pusat retina (makula) selepas pembedahan katarak?

Mesej utama

• Kami mengemas kini bukti tentang kesan ubat anti-radang bukan steroid (NSAID, seperti ibuprofen) dalam kalangan individu yang mengalami pengumpulan cecair yang akut atau kronik di dalam pusat retina (makula) selepas pembedahan katarak.

• Terdapat hanya bukti yang sangat tidak pasti bahawa NSAID mampu meningkatkan penglihatan atau mengurangkan pengumpulan cecair di dalam makula.

• Kebanyakan penyelidikan diperlukan untuk menyediakan bukti yang berkualiti.

Apakah itu Edema Makula Sistoid(CME)?

Pembedahan katarak adalah pembedahan pesakit luar yang biasa di Amerika Syarikat. Kadang-kadang selepas pembedahan katarak, keradangan di dalam mata membawa kepada kebocoran cecair dari saluran darah retina yang mana mengakibatkan pengumpulan cecair dalam ruang seperti sista dan bengkak bahagian tengah retina (makula). Perkara ini dipanggil sebagai ‘edema makula sistoid’ atau CME dan menyebabkan penglihatan berkurangan atau herot. CME merupakan salah satu komplikasi yang paling kerap berikutan pembedahan katarak.

Bagaimanakah CME dirawat?

CME selepas pembedahan katarak selalunya dirawat dengan NSAID atau perubatan yang lain untuk mengurangkan radang di dalam mata. NSAID selalunya digunakan terus ke mata (topikal) sebagai titisan mata; Ia mungkin diberikan secara sendirian atau dengan ubatan lain seperti steroid topikal atau NSAID yang lain.

Apakah yang ingin kami ketahui?
Kami ingin mengetahui sama ada NSAID yang diberikan secara sendirian atau digabungkan dengan ubatan lain dapat membantu orang yang mengalami CME berikutan pembedahan katarak untuk melihat dengan lebih jelas.

Apakah yang telah kami lakukan?
Kami mencari kajian yang secara rawak membahagi orang dewasa dengan CME selepas pembedahan katarak untuk dirawat dengan NSAID, sendirian atau dengan ubatan lain. Kajian membandingkan NSAID dengan plasebo (ubat palsu dengan tanpa bahan akitf ) atau rawatan aktif yang lain (steroid atau NSAID yang lain). Kami telah membandingkan dan merumuskan keputusan kajian-kajian dan menilai keyakinan mereka terhadap bukti, berdasarkan faktor seperti kaedah dan saiz kajian.

Apakah yang kami dapati?

Kami menyertakan 9 kajian dengan sejumlah 390 orang dengan purata umur 72 tahun; 72% ialah wanita. Tiga kajian mendaftarkan orang yang mengalami CME secara eksklusif (pengumpulan cecair dalam makula selama kurang dari tempoh 4 bulan) selepas pembedahan katarak, 4 kajian mendaftarkan orang yang mengalami CME kronik (kehadiran cecair dalam makula yang mana berterusan selama 4 bulan atau lebih) selepas pembedahan katarak, dan baki 2 kajian termasuk orang dengan pelbagai tempoh pengumpulan cecair selepas pembedahan dalam makula.

• Orang yang mengalami CME akut: NSAID mungkin menambahbaik penglihatan atau mengurangkan pembengkakan retina berbanding plasebo atau steroid topikal (3 kajian).

• Orang yang mengalami CME kronik: 2 kajian yang merawat orang yang mengalami CME kronik dengan NSAID untuk dua bulan atau kurang menunjukkan tiada kesan pada penanbahbaikan penglihatan. Sebaliknya, dua kajian yang lain mencadangkan bahawa NSAID mungkin menambahbaik penglihatan selepas 90 hingga 120 hari rawatan. Kami tidak menjumpai sebarang kajian tentang kesan NSAID ke atas hasil lain seperti penanbahbaikan berterusan untuk penglihatan selepas rawatan dihentikan atau pengumpulan cecair berkurang dalam makula.

• Tempoh masa dengan CME tidak diketahui: NSAID topikal mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan pada penglihatan berbanding NSAID yang berbeza.

Kebanyakan kajian yang disertakan sama ada tidak melaporkan data terhadap kesan yang tidak diingini atau tidak melaporkan perbezaan dalam kesan yang tidak diingini antara kumpulan yang menerima rawatan yang berbeza.

Apakah batasan bukti tersebut?

Keyakinan kami terhadap bukti adalah terhad kerana kajian tidak memasukkan ramai peserta dan mereka menggunakan ubatan berbeza dalam jumlah yang berbeza untuk tempoh yang berbeza. Kajian tidak mengkaji semua hasil yang diminati. Penemuan ini juga dihadkan bahawasanya fakta yang kajian diterbitkan dari 1977 hingga 2006 dan banyak kemajuan dalam teknik pembedahan katarak berlaku sepanjang dan sejak masa itu.

Sejauh mana bukti ini terkini?
Bukti ini dikemas kini setakat Mac 2022.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Amirul Iman bin Ahmad Rizal. Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information