Membandingkan teknik pembedahan yang berbeza yang diguna untuk mencabut gigi geraham bongsu dari rahang bawah

Latar belakang

Pembuangan gigi geraham bongsu adalah pembedahan biasa dilakukan, tetapi boleh menyebabkan kesan sampingan jangka pendek dan jangka panjang. Orang mungkin membuang gigi geraham bongsu mereka jika menyebabkan sakit atau jangkitan, atau jika ia merosakkan gigi lain atau tidak tumbuh dengan betul. Pembedahan berisiko komplikasi. Salah satu kompliaksi yang lazim adalah soket kering (juga dikenali sebagai osteitis alveolar). Ini berlaku apabila klot darah gagal terbentuk di soket gigi, atau klot terganggu sebelum soket sembuh dengan baik. Oleh kerana tulang dan saraf di dasar soket terdedah, ia boleh menjadi keadaan yang sangat menyakitkan.

Soalan ulasan

Kami ingin tahu manfaat dan mudarat pelbagai teknik pembedahan yang digunakan untuk mencabut gigi geraham bongsu di rahang bawah, khususnya bagaimana pakar bedah dapat mengurangkan risiko komplikasi selepas pembedahan. Kami menganggap hasil yang paling penting adalah: soket kering, jangkitan luka, kerosakan jangka panjang saraf yang memberi sensasi lidah dan kulit bibir bawah dan dagu, dan masalah seperti perdarahan berlebihan atau rahang patah.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari kajian-kajian yang berkaitan sehingga 8 Julai 2019. Kami memasukkan 62 kajian dengan 4643 peserta. Banyak kajian mengecualikan orang yang tidak sihat, oleh itu peserta kajian mungkin tidak benar-benar mewakili golongan sepatutnya.

Keputusan utama

Bukti sedia adalah tidak konklusif.

Adalah tidak jelas jika posisi bedah ke dalam gusi memberi perbezaan kepada hasil-hasil.

Adalah tidak jelas sama ada mungkin untuk mengelakkan kerosakan saraf kepada lidah dengan menggunakan alat pembedahan yang dikenali sebagai retraktor lingual.

Adalah tidak jelas sama ada jenis alat pembedahan (pahat atau gerudi berputar) yang diguna untuk mengeluarkan tulang dari rahang membuat perbezaan kecenderungan luka dijangkiti.

Adalah tidak jelas jika jumlah dan kaedah penyampaian air masin untuk membersihkan soket gigi selepas cabutan membuat perbezaan kepada hasil-hasil.

Adalah tidak jelas sama ada kaedah yang berbeza untuk menjahit gusi selepas gigi dicabut membuat perbezaan kepada hasil-hasil.

Meletakkan produk yang berasal dari darah pesakit sendiri ke soket gigi dapat membantu mengurangkan kejadian soket kering (keadaan yang menyebabkan sakit yang kuat beberapa hari selepas cabutan).

Tiga pendekatan pembedahan lain diuji dalam kajian-kajian, tetapi tidak mengukur hasil yang penting.

Kepastian bukti

Tiada kajian yang dimasukkan berisiko bias rendah. Semua kajian adalah agak kecil. Kualiti kajian adalah pelbagai, dengan kebanyakannya lemah yang memberi keputusan yang berat sebelah. Tambahan juga, sesetengah keputusan sangat tidak tepat, dengan terdapat perbezaan di antaranya yang tidak dapat dijelaskan. Oleh kerana sebab-sebab tersebut, kami menganggap bukti sedia ada tidak pasti. Penyelidikan masa depan mungkin memberi kesimpulan yang lebih jelas kepada pakar bedah pergigian dan pesakit berbanding denganyang tersenarai di atas.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information