Penggunaan sasaran tekanan darah yang lebih rendah bagi penghidap hipertensi

Latar belakang

Kami membuat ulasan ini untuk mencari dan menilai semua kajian yang direka untuk menilai sama ada sasaran tekanan darah yang lebih rendah adalah lebih baik daripada sasaran tekanan darah standard untuk pesakit hipertensi.

Objektif utama dalam rawatan hipertensi adalah untuk mencegah komplikasi vaskular yang serius. Bagi populasi umum dengan hipertensi, sasaran rawatan standard adalah mencapai tekanan darah kurang dari 140/90 mm Hg. Beberapa garis panduan klinikal mengesyorkan kawalan tekanan darah yang lebih ketat akan menyebabkan pengurangan yang lebih besar terhadap kadar komplikasi penyakit kardiovaskular.

Ciri-ciri Kajian

Bukti adalah terkini sehingga Mei 2019. Kami memasukkan 11 kajian terkawal secara rawak yang melibatkan 38,688 peserta dewasa dengan hipertensi arteri (tekanan darah tinggi dalam saluran arteri), berusia diantara 20 dan 80 tahun, yang sedang menerima rawatan bagi menurunkan tekanan darah ke paras standard berbanding dengan sasaran kepada tekanan darah yang lebih rendah dan mereka ini dipantau selama 3.7 tahun secara purata untuk mengesan perbezaan terhadap kadar kematian dan kesan sampingan.

Keputusan utama

Satu-satunya faedah yang ketara ialah terdapat sedikit pengurangan terhadap kejadian serangan jantung dan kegagalan jantung kongestif dalam kumpulan yang diletakkan sasaran tekanan darah yang lebih rendah . Walau bagaimanapun, kumpulan sasaran yang lebih rendah mengalami peningkatan dalam jumlah kejadian buruk atau kesan sampingan yang serius. Bukti berkepastian tinggi menunjukkan tidak ada perbezaan didalam kadar kematian dari sebarang sebab atau kejadian buruk yang serius diantara kumpulan sasaran tekanan darah lebih rendah berbanding sasaran tekanan darah standard.

Bagi populasi umum dengan tekanan darah tinggi, terdapat manfaat yang kecil untuk mencapai sasaran tekanan darah yang lebih rendah daripada sasaran standard (≤ 140/90 mm Hg) dan ianya tidak melebihi risiko bahaya. Penyelidikan lebih lanjut diperlukan untuk melihat sama ada terdapat kumpulan pesakit yang akan mendapat manfaat atau mudarat oleh sasaran tekanan darah yang lebih rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Sultanah Aminah). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information