Latar belakang
Miokarditis akut adalah keradangan jantung dan dianggap selalunya bermula sebagai jangkitan virus. Penyakit ini menyerang individu dari semua peringkat umur. Berdasarkan pelbagai laporan dan siri kes, imunoglobulin intravena (IVIG) telah menjadi sebahagian daripada amalan rutin untuk merawat orang dewasa dan kanak-kanak dengan miokarditis akut di pelbagai pusat.
Keputusan
Ini adalah kemas kini kedua daripada ulasan sebelum ini, di mana satu kajian rawak terkawal (RCT) (sejenis kajian di mana peserta dibahagikan kepada satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan menggunakan kaedah rawak) yang melibatkan 62 orang dewasa, menunjukkan bahawa IVIG adalah tidak berguna untuk miokarditis. Bukti dalam kemas kini ini adalah terkini hingga 2 Julai 2019, di mana dua kajian telah dimasukkan: satu RCT yang melibatkan 86 kanak-kanak tidak menemui sebarang bukti bahawa IVIG meningkatkan kelangsungan hidup berbanding plasebo, dan satu RCT dari 41 orang dewasa tidak menemui bukti peningkatan kelangsungan hidup (kurang kematian), tetapi melaporkan bahawa pesakit hidup lebih lama untuk kumpulan yang dirawat dengan IVIG berbanding dengan kumpulan yang tidak dirawat. Setelah mengumpulkan data yang sedia ada, tidak ada bukti yang pasti mengenai kesan IVIG dalam mencegah kematian. Lebih banyak bukti RCT adalah diperlukan sebelum IVIG boleh disyorkan secara rutin untuk orang dewasa atau kanak-kanak dengan miokarditis.
Diterjemahkan oleh Pang Zhi Chiing (RCSI & UCD Malaysia Campus, class of 2020). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my