Soalan ulasan
Kami mengulas bukti tentang kesan terapi muzik untuk orang autistik. Kami membandingkan keputusan daripada orang yang menerima terapi muzik (atau terapi muzik yang ditambahkan pada penjagaan standard) dengan keputusan daripada orang yang menerima terapi yang serupa tanpa muzik (terapi 'plasebo'), penjagaan standard atau tiada terapi langsung.
Latar belakang
Autisme ialah keadaan perkembangan saraf sepanjang hayat yang mempengaruhi cara orang melihat dunia di sekeliling mereka, dan cara mereka berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain. Oleh itu, interaksi sosial dan komunikasi sosial adalah antara kawasan utama kesukaran bagi orang autistik. Terapi muzik menggunakan pengalaman muzik dan hubungan yang diwujudkan dalam mereka untuk membantu mereka berhubung dengan orang lain, berkomunikasi dan berkongsi perasaan mereka. Dengan cara ini, terapi muzik menangani sesetengah masalah utama orang autistik. Terapi muzik telah digunakan dalam autisme sejak awal 1950-an. Ketersediaannya kepada orang autistik berbeza-beza merentas negara dan tetapan. Penggunaan terapi muzik memerlukan latihan akademik dan klinikal khusus. Ini membantu ahli terapi untuk menyesuaikan intervensi dengan keperluan khusus orang tersebut. Kami ingin menyiasat sama ada terapi muzik membantu orang autistik berbanding pilihan lain.
Tarikh carian
Bukti adalah terkini sehingga Ogos 2021.
Ciri-ciri kajian
Kami menyertakan 16 kajian baharu dalam kemas kini ini, jadi bukti dalam ulasan ini kini terletak pada 26 kajian dengan jumlah keseluruhan 1165 peserta. Kajian mengkaji kesan jangka pendek dan sederhana intervensi terapi muzik (tiga hari hingga lapan bulan) untuk kanak-kanak autistik, belia dan dewasa muda dalam tetapan satu sama satu atau kumpulan. Tiada kajian melaporkan pembiayaan oleh agensi yang mempunyai kepentingan komersial dalam keputusan kajian; sumber sokongan yang dilaporkan termasuk pembiayaan kerajaan, universiti dan yayasan; dalam tiga kajian, sokongan telah disediakan oleh persatuan terapi muzik.
Keputusan utama
Terapi muzik berbanding terapi 'plasebo' atau penjagaan standard mungkin meningkatkan peluang penambahbaikan keseluruhan menjelang akhir terapi, berkemungkinan meningkatkan kualiti hidup dan keterukan gejala autisme sepenuhnya serta-merta selepas terapi, dan mungkin tidak meningkatkan kesan buruk. Daripada bukti yang ada, kami tidak dapat mengetahui sama ada terapi muzik mempunyai sebarang kesan ke atas interaksi sosial, dan komunikasi lisan dan bukan lisan pada akhir terapi.
Kualiti bukti
Bukti yang kami temui dalam ulasan ini adalah kepastian yang sangat rendah hingga sederhana. Ini bermakna penyelidikan masa depan mungkin mengubah penemuan ini dan keyakinan kami terhadapnya. Kami mendapati bahawa terapi muzik mungkin berkesan berkaitan penanbahbaikan global, kualiti hidup, keterukan gejala autisme total dan kejadian buruk yang diukur pada akhir terapi berdasarkan kepastian sederhana bukti dalam domain ini. Masih tidak jelas sama ada terapi muzik mempunyai kesan ke atas interaksi sosial, komunikasi bukan lisan dan komunikasi lisan pada akhir terapi kerana kepastian bukti adalah rendah hingga sangat rendah. Sebab untuk kepastian terhad bukti adalah isu dengan reka bentuk kajian dan membutakan (iaitu mereka yang menggunakan ukuran hasil sering mengetahui sama ada peserta telah menerima terapi muzik atau tidak, yang mungkin telah mempengaruhi penilaian mereka).
Kesimpulan pengarang
Terapi muzik berbanding terapi 'plasebo' atau penjagaan standard mungkin meningkatkan peluang penambahkan keseluruhan menjelang akhir terapi. Ia juga mungkin membantu meningkatkan kualiti hidup, dan mengurangkan keterukan gejala. Terapi muzik mungkin tidak meningkatkan kejadian buruk. Kami tidak dapat mengetahui sama ada terapi muzik boleh membantu dengan interaksi sosial, komunikasi bukan lisan dan komunikasi lisan pada akhir terapi. Kebanyakan kajian yang disertakan memaparkan intervensi yang sesuai dengan terapi muzik dalam amalan klinikal mengenai kaedah dan tetapan. Bukti baharu ini penting untuk orang autistik dan keluarga mereka serta untuk penggubal dasar, penyedia perkhidmatan dan doktor, untuk membantu dalam membuat keputusan mengenai intervensi yang perlu dipilih, dan dalam perancangan sumber. Lebih banyak penyelidikan dengan reka bentuk yang mencukupi (iaitu menghasilkan bukti yang boleh dipercayai) melihat bidang yang penting kepada orang autistik diperlukan. Oleh kerana hasil terapi jangka panjang penting kepada orang autistik dan keluarga mereka, adalah penting untuk mengkaji secara khusus berapa lama kesan terapi muzik bertahan.
Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor's University, Malaysia). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my