Soalan ulasan
Kami mengkaji bukti tentang kesan dan keselamatan ubat herbal pada orang dengan semua jenis penyakit sel sabit, dari sebarang umur, dalam mana-mana tetapan. Ini adalah kemas kini Ulasan Cochrane terbitan terdahulu.
Latar belakang
Penyakit sel sabit adalah penyakit darah yang diwarisi yang disebabkan oleh masalah pada pengeluaran hemoglobin. Hemoglobin adalah sebahagian daripada sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Penyakit sel sabit berlaku apabila manusia mewarisi gen yang rosak bertanggungjawab untuk menghasilkan hemoglobin daripada kedua-dua ibu-bapa. Berbagai-bagai komplikasi dan jangka hayat yang berkurangan dikaitkan dengan penyakit sel sabit. Ubat herba adalah ubat-ubatan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dalam keadaan asalnya. Orang dengan penyakit sel sabit boleh menemui mereka dari segi ubat-ubatan dari pengamal ubat tradisional. Faedah mereka tidak dinilai secara sistematik. Kerja makmal telah lama menyarankan bahawa ubat-ubatan ini dapat membantu meringankan gejala penyakit sel sabit.
Tarikh carian
Bukti terkini sehingga: 18 Mei 2020.
Ciri-ciri kajian
Tiga kajian (212 peserta) dan tiga ubat herba Niprisan ® (juga dikenal sebagai Nicosan ®), Ciklavit ® dan ekstrak akar serbuk Pfaffia paniculata dimasukkan.
Keputusan utama
Ulasan ini mendapati bahawa Niprisan® boleh membantu mengurangkan episod krisis penyakit sel sabit yang berkaitan dengan kesakitan yang teruk.
Ciklavit ® mungkin mempunyai kesan kecil atau tidak dalam mengurangkan krisis yang menyakitkan pada SCD, dan kemungkinan kesan buruk terhadap tahap anaemia.
Kami tidak pasti akan kesan ekstrak akar serbuk Pfaffia Paniculata dalam SCD.
Tiga rumusan ubat herba ini tidak melaporkan gejala buruk atau gangguan fungsi hati atau buah pinggang pada peserta. Kajian yang lebih saintifik berkenaan ubat-ubatan ini perlu dilakukan sebelum kita boleh membuat sebarang cadangan mengenai penggunaannya. Kajian lanjut juga harus menilai langkah-langkah hasil jangka panjang.
Kualiti bukti
Kami menilai kualiti bukti dari ulasan ini sebagai kualiti yang rendah sehingga sangat rendah, bergantung kepada hasil yang diukur.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Sultanah Aminah). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my