Pembedahan endoskopik sinus berfungsi (FESS) untuk rinosinusitis kronik.

Rinosinusitis adalah sindrom klinikal yang mantap dan biasa dikenali yang melibatkan pesakit merangkumi semua jangka umur dan jantina. Pembedahan endoskopik sinus berfungsi (FESS) adalah strategi yang mantap, yang melibatkan beberapa teknik untuk rawatan rinosinusitis kronik yang tidak berjaya di rawat secara perubatan. FESS adalah sejenis set teknik pembedahan minimal yang membolehkan pemeriksaan secara langsung terhadap rongga hidung sambil membuka bahagian sinus.

Tiga ujian rawak terkawal yang melibatkan 212 peserta, telah memenuhi kriteria kemasukan untuk pembentukan ulasan ini. Bukti-bukti yang dikumpulkan tidak menunjukkan bahawa FESS, seperti yang diamalkan dalam kajian-kajian yang diteliti, adalah lebih baik daripada rawatan perubatan dengan/atau tanpa pengairan rongga sinus hidung untuk pesakit rinosinusitis kronik. Tidak terdapat komplikasi utama dilaporkan oleh mana-mana kajian yang ditelitikan dan dengan itu, FESS dianggap sebagai prosedur yang selamat. Lebih banyak ujian rawak terkawal dengan jangka panjang susulan dalam tempoh yang lebih panjang diperlukan untuk membandingkan FESS dengan rawatan perubatan yang lain-lain.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Mohd Afiq Mohd Slim (Northern Ireland Medical and Dental Training Agency (NIMDTA), Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi chain1993@gmail.com. Disunting oleh Gan Siew Hua (Universiti Sains Malaysia).

Tools
Information