Rinitis alahan adalah satu masalah kesihatan yang biasa dan ia melibatkan antara 10% hingga 25% populasi, dan kelazimannya semakin meningkat. Tanda-tandanya adalah termasuk hidung berhingus atau tersumbat, gatal-gatal dan bersin. Terdapat beberapa ubat yang ada seperti antihistamin dan steroid. Capsaicin, merupakan komponen pedas lada panas, juga telah digunakan. Dengan dos berulang, ia boleh menurunkan kepekaan pada lapisan hidung dan mempunyai kesan terapeutik pada rinitis alahan. Ulasan ini mendapati satu kajian rawak terkawal yang kecil dan berkualiti rendah yang tidak menunjukkan kesan terapeutik capsaicin pada tanda-tanda rinitis alahan. Kajian yang lanjut diperlukan.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.