Diet indeks gliksemik rendah bagi penyakit kardiovaskular

Latar belakang

Indeks glisemik (GI) adalah ukuran kebolehan karbohidrat (contohnya gula atau kanji) untuk memberi kesan kepada tahap gula dalam darah.

Ciri-ciri kajian

Dalam ulasan kemas kini ini, kami menilai 21 kajian rawak yang menilai kesan diet GI rendah berbanding dengan diet komposisi serupa tetapi GI yang lebih tinggi terhadap peristiwa penyakit kardiovaskular dan tahap kolesterol dalam darah dan tekanan darah (faktor risiko utama bagi penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung atau strok). Kajian-kajian yang disertakan adalah sehingga Julai 2016.

Keputusan

Para peserta adalah orangb dewasa dengan purata umur antara 19 hingga 69 tahun. Dalam kebanyakan kajian, para peserta mempunyai faktor risiko kardiovaskular seperti berat badan berlebihan atau obesiti atau tahap lemak dalam darah yang abnormal, dan satu kajian memasukkan peserta dengan sakit jantung. Diet disusuli sekurang-kurangnya 12 minggu tetapi kebanyakan kajian menunjukkan bias yang kurang jelas dan sesetengahnya mempunyai perbezaan kecil dalam GI. Peristiwa penyakit kardiovaskular tidak dilaporkan dan tiada bukti perbezaan dalam kesan diet ini ke atas kolesterol darah dan tekanan darah dapat dilihat. Kebanyakan kajian tidak melaporkan kemudaratan tetapi dua kajian tidak mendapati kesan mudarat daripada diet, namun bukti adalah rendah.

Kesimpulan

Tiada bukti cukup daripada kajian rawak terkawal untuk mengesyorkan pengambilan diet GI rendah bagi tujuan menambahbaik tahap lipid darah atau tekanan darah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information