Tiada cukup bukti untuk menentukan pelekat yang paling berkesan untuk gegelang ortodontik bagi gigi molar dalam kalangan pesakit yang memakai aplians ortodontik tetap arkus penuh.
Rawatan ortodontik untuk membetulkan posisi melibatkan pemasangan aplians tetap atau boleh tanggal (pendakap) pada gigi. Kualiti rawatan dengan aplians tetap menunjukkan keputusan lebih baik berbanding aplians boleh tanggal. Kejayaan aplians tetap bergantung kepada perlekatan kukuh logam (braket dan gegelang) kepada gigi agar tidak longgar semasa rawatan.Braket biasanya dilekatkan kepada gigi lain selain molar, di mana gegelang (cincin logam yang mengelilingi gigi) lebih lazim digunakan. Tiada cukup bukti tentang pelekat yang paling berkesan untuk melekatkan gegelang ortodontik kepada gigi molar.
Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail, (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my