Kenapa kajian ini penting?
Kemurungan ialah masalah biasa yang menyebabkan perubahan suasana dan kehilangan minat serta keseronokan. Terapi muzik, satu intervensi yang melibatkan pertemuan tetap dengan pakar terapi muzik, boleh membantu meningkatkan suasana melalui ekspresi emosi. Kajian ini akan menambah maklumat baharu tentang kesan terapi muzik dalam kalangan individu yang murung.
Siapa yang akan berminat dengan ulasan ini?
Kajian dari penyelidik ini akan menarik minat golongan berikut: orang yang mengalami kemurungan dan keluarga, kawan serta penjaga mereka; pengamal perubatan, pakar psikiatri, ahli psikologi dan profesional lain yang bekerja dalam bidang kesihatan mental; ahli terapi muzik yang bekerja dalam bidang kesihatan mental; dan pembuat dasar kesihatan mental.
Apakah soalan yang kajian ini bertujuan untuk menjawab?
1. Adakah terapi muzik lebih berkesan daripada rawatan biasa sahaja atau terapi psikologi?
2. Adakah sebarang bentuk terapi muzik yang lebih baik daripada terapi muzik bentuk lain?
Kajian apa yang termasuk dalam ulasan ini?
Penyelidik mengambil sembilan kajian yang mengandungi sejumlah 421 orang dari sebarang kumpulan umur (daripada remaja hingga orang tua) Kajian ini membandingkan kesan terapi muzik dengan rawatan biasa, dan dengan terapi psikologi. Sebagai tambahan, penyelidik meneliti perbezaan antara dua bentuk terapi muzik: aktif (di mana orang menyanyi atau bermain muzik) dan reseptif (di mana orang mendengar muzik).
Apakah bukti daripada ulasan itu memberitahu kita?
Kami mendapati bahawa terapi muzik bersama rawatan biasa adalah lebih berkesan daripada rawatan biasa sahaja. Terapi muzik seolah-olah mengurangkan gejala-gajala depresi dan keresahan serta membantu dalam meningkatkan fungsi (contohnya mengekalkan penglibatan dalam pekerjaan, aktiviti, dan perhubungan). Penyelidik tidak pasti sama ada terapi muzik adalah lebih baik daripada terapi psikologi. Penyelidik tidak tahu sama ada satu bentuk terapi muzik adalah lebih baik daripada yang lain. Bilangan kajian dan peserta dikenalpasti yang kecil menjadikannya sukar untuk diyakini tentang perbandingan ini.
Apakah yang patut berlaku seterusnya?
Terapi muzik untuk kemurungan mungkin berkesan untuk orang yang dalam keadaan gejala kemurungan dan keresahan yang berkurangan. Terapi muzik juga membantu orang berfungsi dalam kehidupan seharian mereka. Walau bagaimanapun, penemuan oleh penyeldik tidak lengkap dan perlu dijelaskan melalui penyelidikan tambahan. Kajian masa depan harus mengkaji kemurungan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, dan laporan kajian masa depan perlu menerangkan intervensi terapi muzik, intervensi lain dan orang yang melakukan intervensi secara menyeluruh.
Diterjemahkan oleh Phang Yee Lin (International Medical University). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Phang.YeeLin@student.imu.edu.my