Dengan menggunakan sistem perintis, kami telah mengkategorikan ulasan ini sebagai: “Soalan sejarah – tiada kemas kini bertujuan: monoterapi tidak disyorkan lagi" (lihat nota yang diterbitkan).
Malaria adalah penyakit parasit yang disebarkan oleh nyamuk yang telah membunuh beribu-ribu orang di seluruh dunia. Malaria yang rintang pelbagai ubat adalah berleluasa, dan di Asia Tenggara kerintangan adalah tinggi terhadap hampir kesemua ubat antimalaria terapi tunggal. Di sini, dan di kawasan lain dengan penularan malaria yang rendah, gabungan artesunat dan mefloquine mungkin memberikan alternatif yang berkesan. Ulasan ini memasukkan lapan kajian, terutamanya dari Asia Tenggara, yang membandingkan artesunat ditambah mefloquine dengan mefloquine sahaja untuk merawat malaria yang tidak rumit. Artesunate ditambah mefloquine menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam memusnahkan parasit darah dan mengurangkan demam. Kejadian buruk adalah serupa bagi kedua-dua rawatan.
Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my