Ubat berbungkus unit dos untuk merawat malaria

Malaria adalah penyakit parasit yang disebarkan oleh nyamuk di kawasan seperti Afrika sub-Sahara, Asia Tenggara dan Amerika Selatan. Berjuta-juta orang dijangkiti malaria setiap tahun. Adalah difikirkan bahawa pembungkusan pakej rawatan dalam unit dos tunggal mungkin lebih baik memastikan dos yang betul diambil, dan sekali gus meningkatkan kejayaan rawatan. Ulasan mendapati bukti berkualiti baik tidak mencukupi daripada kajian rawak terkawal untuk menentukan sama ada pembungkusan unit dos ubat dapat menyelamatkan nyawa, tetapi terdapat beberapa petunjuk bahawa ia mungkin meningkatkan pematuhan rawatan. Lebih banyak kajian adalah diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information