Ulasan ini tidak menjumpai bukti yang kukuh bahawa suplemen oral kalsium menurunkan tekanan darah tinggi dikalangan pesakit dewasa. Ia menyemak 13 kajian yang melibatkan 485 peserta, yang membandingkan suplemen kalsium dengan plasebo atau tanpa rawatan, tekanan darah diambil selepas 8 hingga 15 minggu dalam tempoh kajian. Secara purata, para peserta yang menerima tambahan kalsium terdapat sedikit penurunan tekanan darah sistolik pada akhir kajian. Namun begitu, kebanyakan kajian ini adalah yang berkualiti rendah, jadi keputusan kajian ini mungkin tidak tepat. Jumlah peserta di dalam kajian ini juga sangat sedikit bilangannya dan masa kajian yang dijalankan juga adalah sangat pendek untuk mengukur sama ada tambahan kalsium menurunkan risiko kadar kematian, serangan jantung atau strok. Komplikasi mengambil suplemen kalsium dan plasebo tidak ada beza dikalangan peserta kajian. Kajian yang lebih besar, lebih lama, lebih berkualiti adalah diperlukan untuk menjelaskan sama ada suplemen kalsium boleh menurunkan tekanan darah tinggi.
Diterjemahkan oleh Nor Akma Binti Mat Junoh (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi norakmayunus@usm.my