Seksyen Caesarean atas sebab-sebab bukan perubatan pada terma

Melahirkan anak adalah pengalaman yang mendalam dan kuat. Wanita sering menggambarkan perasaan pemberdayaan, elasi dan pencapaian, walaupun pengalaman wanita lain termasuk trauma, ketakutan, kesakitan dan kehilangan kawalan. Cara wanita untuk melahirkan bayi, sama ada secara vagina atau seksyen cesarean, ini mungkin memberi kesan terhadap perasaan mereka. Beberapa tahun kebelakangan ini, cesareans telah menjadi lebih selamat kerana bius yang bertambah baik dan teknik pembedahan yang bertambah baik, bersama-sama dengan rutin penggunaan ubat-ubatan semasa pembedahan untuk memerangi peningkatan risiko jangkitan dan pembekuan darah di ibu. Akan tetapi, seksyen cesarean masih satu prosedur pembedahan yang disertai dengan insisi perut dan rahim, parut dan pelekatan. Terdapat juga bukti mengenai peluang peningkatan masalah dalam kehamilan berikutnya untuk wanita dan bayi.

Ulasan ini mendapati tiada kajian yang membantu menilai risiko-risiko dan faedah-faedah seksyen cesarean apabila dilaksanakan tanpa satu petunjuk perubatan konvensional. Penulis amat mengesyorkan penggunaan kaedah penyelidikan alternatif untuk mengumpul data mengenai hasil yang berkaitan dengan cara-cara yang berbeza untuk beranak.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming (School of Medicine, Faculty of Health and Medical Sciences, Taylor's University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini, sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my.

Tools
Information