Tanggapan bahawa diet kalori yang tinggi boleh menyumbang kepada pembangunan asma. Secara teorinya, mengurangkan jumlah kalori dalam diet harian mungkin boleh membantu mengurangkan gejala asma. Ulasan ini adalah terhad oleh saiz kajian kecil dan populasi pesakit asma yang gemuk direkrut untuk kajian ini. Tiada kesimpulan yang tegas boleh diambil mengenai kesan manipulasi pemakanan, dan lebih banyak penyelidikan diperlukan.
Jika anda mendapati bukti ini membantu, sila pertimbangkan untuk menderma kepada Cochrane. Kami adalah badan amal yang menghasilkan bukti yang boleh diakses untuk membantu orang ramai membuat keputusan kesihatan dan penjagaan.
Nota terjemahan:
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.